“Jiran mesej nampak suami kat rumah mak aku tapi mak tiada, rupanya ini ‘projek’ suami dengan adik perempuan aku”

Oleh SHUHADA BUSTAMAN

Assalamualaikum buat admin dan para pembaca, kisah saya bermula dari rumah tangga yang sangat-sangat bahagia.

Saya mempunyai seorang suami yang sangat bertanggungjawab, baik, sempurna bagi saya zahir dan batin.

Dia sangat sempurna. Rumah tangga kami tak pernah ada masalah dan tak disangka untuk tahun ni dugaan hebat dan menjadi satu tamp4ran hebat untuk saya.

"Jiran mesej nampak suami kat rumah mak aku tapi mak tiada, rupanya ini 'projek' suami dengan adik perempuan aku"

Saya telah berkahwin dekat 12 tahun, dan masih belum mempunyai zuriat sendiri.

Oleh itu kami telah ambik anak angkat 2 orang lelaki, Allhamdulillah, kehidupan kami luar biasa sangat. Dulu kehidupan saya dan suami diuji kesusahan yang teramat sangat dan selepas 5 tahun perkahwinan.. Saya ambik anak angkat pertama.

Allhmdullah rezeki sangat mencurah, saya dan suami membuka perniagaan bersama. Kemudian untuk 2 tahun lepas, saya ambik lagi sorang anak angkat. Alhamdulillah, rezeki Allah maha kaya, perniagaan kami okey, ada staff, bahagia, enjoy.

Kami selalu pergi bercuti, pergi ke mana sahaja bersama. Suami saya suka bawa saya ke mana sahaja saya mahukan. Dia tunaikan apa sahaja saya nak. Tapi saya jenis seorang yang berjimat. Saya takut untuk guna duit yang banyak.

Sampaikan saya sanggup beli barangan yang murah untuk diri sendiri, sebab saya tahu berapa susahnya untuk mencari duit. Bila kenang dulu pernah hidup susah. Dan cerita bermula, sejak mak saya sakit dan saya selalu ke rumah mak.

Suami memang selalu di sisi saya. Entah macam mana permulaan saya tak tahu TAPI Suami saya mahu ceraikan saya. Dia mahu berkahwin dengan adik saya sendiri. Entah apa yang dia pikir, dan saya sendiri tak tahu bagaimana nak mula cerita.

Semua begitu cepat. Saya buntu dan tak tahu apa nk buat. Down sangat. Allah saja yang tahu. Sebelum ini saya melihat mereka rapat macam adik beradik. Pada malam tu buat makan-makan di rumah mak, tiba-tiba saya terkejut bila suami saya keluar berdua dengan adik saya pergi beli kfc, tapi saya tak cakap apa.

Saya pelik sebab saya tak pernah macam tu. Dan saya akui saya sorang yang sangat-sangat kuat cemburu. Pada malam kejadian yang lain, masa mak saya sakit dan dimasukan di hospital. Saya jaga mak di hospital, dan diganti dengan adik saya waktu malam.

Dan saya dapat tahu mereka keluar lagi. Saya balik dari hospital terus ke rumah dan marah suami. Kenapa perlu keluar berdua? Suami cakap, dia tak akan buat dah dan dia memang tak ada apa-apa hubungan. Dia tak tahu yang saya akan marah sampai macam ni.

Dia tenangkan saya, saya cuba bersabar. Hari-hari pun berlalu, setiap malam suami ajak ke rumah mak. Entah laa kenapa tetapi setiap malam dia pergi. Saya dapat tahu, dia berhubungan dengan adik bongsu saya dalam fon sahaja.

Saya dah tegur, tapi lepas tu semakin disorok-sorok. Saya sabar dan terus sabar. Saya masih melayan adik saya, kelurga saya macam biasa. Suatu hari masa di kedai, tiba-tiba adik saya yang kedua datang. Dia bagitahu yang dia ternampak kereta suami saya di rumah mak.

Sedangkan tak ade siapa di rumah mak hanya ada adik bongsu sahaja. Hari tu hancur hati saya dan malam tu saya bergaduh besar. Saya pecahkan fon dia, saya berlawan dengan dia. Saya tak boleh tahan dengan perasaan saya, suami berkali-kali jelaskan yang dia tak buat apa-apa.

Dan menurutnya dalam rumah tersebut ada abang saya tapi saya tak hiraukan katanya, saya tetap berlawan, saya maki dia, hina dia, jijik dengan dia dan saya keluar dari rumah. Tapi hati saya tak mampu juga untuk tenang. Saya pulang semula dan berbaik dengan suami.

Kedua belah keluarga terpaksa masuk campur dalam kes ni sebab mereka sangat sayangkan kami. Dan ya semua selesai. Kebetulan hari itu adalah hari pertama adik bongsu saya kerja dengan saya dan suami. Aduhh. Sangat malang nasib saya.

Suami saya jenis matang, dia tak campurkan hal bisnes dengan hal peribadi. Masa pun berlalu pergi, saya lihat suami mula berubah, saya semakin jelas cemburu membuak-buak. Sampaikan, saya suka tuduh dia yang bukan-bukan.

Tapi admin.. Saya PERCAYA suami saya, dia bukan sorang yang suka ambik kesempatan. Saya cukup kenal dia tapi saya tahu, dia memang ada hati dengan adik saya. Beberapa minggu yang lepas, saya bergaduh lagi. Seolah-olah dia menutup kebenaran dan akhirnya dia mengaku.

Yang dia betul-betul dah tawar hati dengan saya, tak ada apa-apa rasa dengan saya. Dan dia sayangkan adik saya. Ya admin, adik saya sendiri. Saya tak mampu nak tulis lagi.. Nanti ada masa, saya akan tulis lagi. Mintak maaf ayat agak terabur. Saya bukan seorang yang pandai untuk karang ayat-ayat.. Nanti ada masa saya cerita lagi. Doakan saya terus kuat.

BACA: Exco pelancongan Melaka paksa beca berhenti pasang lagu dangdut? Wajib pasang lagu ini je..