Johan Asari bakal tamatkan zaman bujang, ini latar belakang wanita pilihannya buat ramai wanita diluar sana kecewa.
Pelakon popular filem Mat Kilau, Johan As’ari memberitahu dia akan menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihan hatinya pada tahun ini.
Tambahan, Johan berkata tentang segala persiapan pernikahannya sudah pun hampir 90 peratus siap.
Terima kasih kerana sentiasa mendoakan saya. Alhamdulillah persiapan sudah hampir 90 peratus siap.
Doakan yang baik-baik untuk kami dan semoga dipermudahkan. Apa yang saya boleh katakan… Insya-Allah perkahwinan kami akan berlangsung tahun ini.
Dalam pada itu, Johan juga berkongsi berita demikian ketika ditemui pada malam tayangan filem terbaru lakonannya berjudul Tujuh Dua Belas bertempat di GSC, Starling Mall pada Selasa.
Kami berkawan sudah lima tahun, boleh dikatakan hubungan jarak jauh. Segalanya berjalan lancar, yang penting jangan beratkan semua perkara.
Dia juga merupakan seorang usahawan dan petani moden. Sekarang dia menjalankan perniagaan buah mangga harum manis.
Dia juga memiliki kelulusan ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Political Sciences (Sains Sosial) di sebuah universiti di London.
Pada saya dia seorang yang memahami dan juga sentiasa memberi sokongan. Maksudnya bukan dari segi kewangan tetapi mengajar saya untuk menjadi lebih kuat.
Dia juga sudah khatam Al-Quran. Alhamdulillah. Jika tiada apa yang berlaku, saya boleh katakan hubungan ini adalah soulmate.
Keluarga saya juga sering bertanya bila mahu mendirikan rumah tangga. Insya-Allah, kalau tiada aral melintang, tahun ini.
Namun, pelakon popular itu belum bersedia untuk mendedahkan wanita pilihan hatinya, hanya mahu dikenali sebagai N.
Sebelum ini, Johan As’ari juga pernah membintangi filem Mat Kilau bersama dengan beberapa barisan pelakon yang terkenal iaitu Adi Putra, Beto Kusyairy dan Fattah Amin.
Untuk info tambahan, Johan pernah rasa terkilan dengan syarikat penerbit filem itu iaitu Kembara Studio kerana tidak menjemputnya ke Indonesia.
BACA:
Bukan penyakit HIV tapi hampir 500,000 rakyat Malaysia tak tahu dia ada penyakit ini