Jom cuba resepi chee cheong fun sedap macam yang viral di Ipoh

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Jika bercuti ke Ipoh, anda pasti tidak mahu lepaskan peluang menikmati hidangan Cina seperti Mee Tarik, Wantan, atau Dimsum.

Namun, ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), aktiviti berjalan-jalan dan menikmati makanan sedap di sana mungkin terbatas.

Jadi, mengapa perlu ke sana jika anda boleh menyediakannya sendiri di rumah?

Kali ini, kami bawakan resipi Chee Cheong Fun ala Ipoh daripada Ujie Ibrahim yang ringkas dan lazat. Jom cuba!

Cara Penyediaan Chee Cheong Fun

Jom cuba resepi chee cheong fun sedap macam yang viral di Ipoh
Bahan Utama:

Spring Roll Paper (dapatkan di pasar raya)

Udang yang sudah dikupas kulit dan dibuang kepala

Langkah-langkah:

Ambil Spring Roll Paper dan lembapkan dengan air hingga sedikit lembut.

Letakkan beberapa ekor udang di atasnya, kemudian gulung kemas.

Sapu sedikit minyak pada penutup periuk besi supaya adunan tidak melekat.

Kukus gulungan tadi selama kira-kira 3 minit.

Setelah kukus, gulung semula dan bungkus mengikut bentuk pilihan anda.

Cara Membuat Sambal Pedas

Bahan Sambal:

Cili kering

Bawang putih

Bawang merah

Kepala udang atau udang kering

Langkah-langkah:

Goreng semua bahan hingga garing.

Kisar atau tumbuk hingga lumat.

Tumis bersama sesudu sos tiram, sesudu cuka, dan sedikit garam.

Masak hingga pecah minyak.

Penyediaan Sos Kicap Berkuah
Bahan Sos:

Air rebusan udang

3 ulas bawang putih (diketuk)

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

Garam dan gula secukup rasa

Langkah-langkah:

Panaskan air rebusan udang di dalam kuali.

Masukkan bawang putih, kicap manis, sos tiram, dan perasakan mengikut citarasa.

Masak sehingga kuah pekat dan sebati.

BACA: Terkini!! Denda RM3000 langgar lampu merah mulai tahun depan