JPJ dilapor cadang guna RFID pada nombor plat dan road tax

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”hide” ]JPJ dilapor cadang guna RFID pada nombor plat dan road tax mysikap jpj jpj jpj near me jpj number plate check saman jpj jpj appointment jpj portal temujanji jpj ebid jpj jpj running number [/bg_collapse]

 

Malaysia disasarkan akan memperkenalkan sistem tol Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) di lebuh raya menggunakan teknologi RFID menjelang 2025. Buat masa ini, penggunaan teknologi RFID memerlukan pengguna membeli sekeping tag dari Touch ‘n Go pada harga RM35.

Lanjutan dari itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dilihat sedang mendapatkan kaedah mengurangkan kos teknologi tersebut melalui Pelan Pendigitalan agensi berkenaan.

Melalui Pelan Pendigitalan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kerajaan sedang mengkaji teknologi baharu untuk pendaftaran kenderaan seperti tag RFID, kod QR dan cip.

JPJ dilapor cadang guna RFID pada nombor plat dan road tax mysikap jpj jpj jpj near me jpj number plate check saman jpj jpj appointment jpj portal temujanji jpj ebid jpj jpj running number

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong turut menjelaskan pelan tersebut juga mampu menurunkan harga pelekat RFID.

“Sistem RFID akan membolehkan penguatkuasaan dijalankan melalui automasi bagi memastikan bacaan tepat (pendaftaran kenderaan) seterusnya meminimumkan kos.

“Jika JPJ mengguna pakai teknologi RFID, kami akan memastikan ia serasi dan boleh digunakan untuk tujuan lain, termasuk pembayaran tol bagi mengelak keperluan banyak tag RFID pada satu kenderaan,” katanya hari ini.

Buat masa ini tidak dapat dipastikan sama ada Kementerian Pengangkutan akan bersetuju dengan cadangan JPJ tersebut.

Baca Juga : 

Ini 5 peralatan yang mungkin jadi punca bil elektrik anda melambung tinggi

JPJ akan kenakan tindakan terhadap Institut Memandu jika ramai pemandu terbabit kemalangan

Sempena Tahun Baru Cina, Mujahid terus gigih bantu golongan yang memerlukan