Seorang pelajar universiti tidak menyangka lukisan yang dihasilkannya dijual pada harga RM19,175.
Kittichate Rattanakunsart, seorang pelajar semester satu di Fakulti Lukisan Universiti Silpakorn,
sebelum ini pernah menghasilkan beberapa lukisan, tetapi semuanya dijual pada harga yang berpatutan sekitar 800 baht (RM102).
Kittichate berkata, dia sangat terkejut kerana lukisan terbarunya mendapat sambutan dan perhatian yang memberangsangkan di internet.
“Saya pernah menjual dua hingga tiga lukisan yang dihasilkan untuk tugasan kuliah.
Biasanya, lukisan-lukisan tersebut hanya menerima sekitar 20 hingga 30 tanda suka.
“Namun kali ini, saya menerima lebih 80,000 tanda suka dan lukisan saya terus dikongsi oleh pengguna media sosial.
“Ramai yang berkata lukisan cantik ini dijual pada harga yang terlalu murah,” ujarnya.
Selepas kejayaan lukisan bertajuk Shadow Light, Kittichate menghasilkan sebuah lukisan serupa berjudul Wave Sparkel, yang menerima bidaan tertinggi mencecah 150,000 baht baru-baru ini.
BACA: Lupa cara bedah, ‘Doktor’ tengok tutorial di Youtube sambil buat pembedahan