Baru-baru ini tular satu perkongsian mengenai nasi lemak dari seorang pempengaruh yang juga pengulas makanan
Berhubung penjualan hidangan sarapan pagi itu dengan harga ‘tidak masuk akal’.
Mana tidaknya, peniaga yang membuka gerainya di tepi jalan di Puncak Alam, Selangor itu
Hanya mengenakan bayaran sebanyak 50 sen sahaja untuk sebungkus nasi lemak jualannya.
Berdasarkan rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh pengulas makanan dikenali sebagai Abang Sodok, gerai nasi lemak itu dilengkapi dengan ‘banner’ Nasi Lemak 50 sen.
Pempengaruh berkenaan kemudian memutuskan untuk mendekati gerai tersebut dan membeli satu bungkus nasi lemak sebelum meminta peniaga membuka bungkusan berkenaan.
Dalam rakaman tersebut, dilihat peniaga membungkus nasi lemak yang dilengkapi dengan sambal ikan bilis dan kepingan telur tersebut menggunakan helaian daun pisang.
Keadaan hidangan sarapan pagi itu dikatakan terlalu murah untuk dijual dengan harga 50 sen dan perkara ini dipersetujui oleh pengguna TikTok yang menonton rakaman tersebut.
@ceoofsodokNasi Lemak 50 Sen, Puncah Alam Food Hub, Jalan Puncak Alam Jaya 1, 42300, Puncak Alam, Selangor #MYFoodie #foodies #halalfoodie #klfoodie #streetfood #tiktokmakanmakan #foodiesmalaysia #makan #kedaimakan #Foodie #abangsodok
Tinjauan di ruangan komen hantaran itu mendapati rata-rata pengguna mencadangkan agar harga hidangan tersebut dinaikkan kepada RM1 berikutan bimbang peniaga tidak mendapat keuntungan.
Menyedari perkongsian tersebut meraih perhatian ramai, pengusaha nasi lemak itu tampil membuat penjelasan mengenai harga dikenakan menerusi satu hantaran di platform Facebook.
Pengusaha dikenali sebagai Syarul Izuan dan Ummu Latisya Halim itu mendedahkan bahawa perniagaan itu dijalankan bukan untuk mengejar keuntungan sebaliknya bertujuan bagi mengumpul dana.
Dana yang diperolehi daripada penjualan tersebut akan digunakan untuk menyiapkan pembinaan Maahad Az-Zein Al-Makki di mana pembangunannya masih belum siap sepenuhnya sejak mula didaftarkan pada tahun 2012.
“Tujuan utama (meniaga) adalah mengumpul dana bagi menyiapkan Kompleks Pembangunan Maahad Az-Zein Al-Makki yang sangat memerlukan pembiayaan untuk disiapkan.
“Bukan dari hasil jualan NASI LEMAK 50 SEN ini yang kami harapkan. Tetapi DOA dari SEMUA PEMBELI supaya usaha kami untuk mengumpul dana dipermudahkan.
“Semoga usaha kecil kami ini dalam berjualan sambil bersedekah akan melancarkan usaha untuk mengumpul dana. Doakan kami semua sahabat,” kata pengusaha terbabit dalam hantaran itu.
Baca juga Harga barang mentah turun tapi Persatuan kedai mamak di Johor berhasrat naikkan 5% harga makanan