Jumpa lesen memandu milik orang Perlis di zon perang Ukraine, ini respon Kementerian Luar

Oleh ISMAIL YAHYA

Kementerian Luar respon tentang satu laporan yang menyatakan bahawa MyKad dan lesen memandu Malaysia telah dijumpai di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar, atau Wisma Putra, menyatakan bahawa buat masa ini mereka belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat tersebut.

“Maklumat itu telah disalurkan kepada pihak berkuasa berkaitan untuk proses pengesahan lebih lanjut.

Kami memohon pihak media dan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi,” menurut kenyataan tersebut.

Kementerian Luar juga menasihati rakyat Malaysia agar sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan diri semasa berada di luar negara.

Jumpa lesen memandu milik orang Perlis di zon perang Ukraine, ini respon Kementerian Luar

“Keselamatan rakyat Malaysia di luar negara adalah tanggungjawab individu.

Walaupun Pejabat Perwakilan Malaysia sentiasa bersedia memberikan bantuan konsular kepada mereka yang memerlukan, setiap rakyat Malaysia dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan diri sendiri,” katanya lagi.

Sebelum ini, tersebar sekeping gambar yang didakwa menunjukkan dokumen pengenalan diri MyKad dan lesen memandu seorang rakyat Malaysia yang kononnya ditemui di kawasan pertempuran antara Ukraine dan Rusia.

Laporan tersebut mendakwa dokumen berkenaan ditemui selepas tentera Rusia berjaya menawan kubu tentera Ukraine di Levadne, Zaporizhia, Ukraine.

BACA: Keadaan kesihatan makin merosot, Ebby Yus minta maaf, bersedia dengan segala kemungkinan