Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet. Bekas jurulatih pasukan kebangsaan gimnastik Brazil dijatuhkan hukuman penjara lebih satu abad selepas merogol empat atlet termasuk seorang bawah umur, lapor media tempatan hari ini.

Fernando de Carvalho Lopes dipenjarakan 109 tahun dan lapan bulan oleh mahkamah di bandar Sao Bernardo do Campo, dekat Sao Paulo.

Dia didapati bersalah menyerang empat atlet termasuk seorang berumur 13 tahun ketika kejadian, menurut Globo Esporte namun tidak mendedahkan lebih lanjut umur gimnas yang lain.

Bagaimanapuan Carvalho Lopes masih boleh membuat rayuan dan mengekalkan pengakuan tidak bersalah. Dia tidak akan ke penjara sebelum semua proses rayuan selesai.

Bekas jurulatih itu melatih gimnas muda hampir 20 tahun sebelum disingkirkan daripada skuad kebangsaan pada 2016, sebulan sebelum Olimpik Rio susulan aduan daripada ibu bapa atlet.

Jurulatih kena penjara 109 tahun selepas rogol empat atlet

Pada April 2019, dia digantung seumur hidup daripada semua aktiviti berkaitan gimnastik.

Dia berdepan dakwaan: empat tahun lalu, 40 atlet dalam kenyataan kepada Globo TV berkata mereka menjadi mangsa penderaan psikologi, fizikal dan seksual.

Ada di antara mereka terbabit dengan proses undang-undang apabila menjadi saksi perbicaraan dalam kejadian yang berlaku antara 1999 dan 2016 itu.

BACA:

MYAirline kini beroperasi sebagai syarikat penerbangan tambang rendah

Zul Ariffin bagi ayat padu dekat artis ni ‘kurangkan makan cili, nanti menggelupur’

Ini bukti layanan ‘double standard’ Mat Saleh dan Mat Nepal oleh rakyat Malaysia

CATEGORIES