Justin Bieber umum batal konsert di Malaysia

Justin Bieber umum batal konsert di Malaysia

Justin Bieber umum batal konsert di Malaysia. Bintang pop terkenal, Justin Bieber mengumumkan pembatalan siri jelajah dunia, Justice World Tour yang masih berbaki termasuk di beberapa negara Asia, termasuk di Malaysia.

Bieber mengumumkan perkara tersebut menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya pagi tadi.

Bieber yang baru mementaskan konsert di Brazil baru-baru ini memberitahu, keputusan menamatkan siri jelajah tersebut dibuat selepas menyedari kesan buruk terhadap kesihatan, terutama usaha memulihkan masalah kelumpuhan wajah yang dihadapi.

“Awal tahun ini, saya umumkan perjuangan melawan sindrom Ramsay Hunt yang mengakibatkan sebahagian daripada muka saya lumpuh.

“Berikutan itu, saya tidak dapat menghabiskan siri jelajah, Justice World Tour di Amerika Utara.

Justin Bieber umum batal konsert di Malaysia

“Bagaimanapun, selepas berehat dan mendapatkan nasihat doktor, saya sambung siri jelajah di Eropah dan mementaskan enam konsert yang akhirnya memberi kesan buruk kepada saya.

“Hujung minggu lalu, saya sudah beraksi di Festival Rock In Rio dan memberi segala-galanya kepada peminat di Brazil,” tulisnya.

Pada masa sama, Bieber mengakui keletihan mementaskan konsert mendorong dirinya untuk kembali memberi keutamaan serta memfokuskan kepada kesihatannya kini.

“Sehubungan itu, saya akan berhenti daripada beraksi dalam konsert buat sementara waktu.

“Saya akan okey tetapi perlukan masa untuk berehat dan pulihkan kesihatan semula. Terima kasih atas doa dan sokongan anda selama ini,” katanya lagi.

Awal bulan ini, Bieber dilihat mula beraksi membuat persembahan pentas buat kali pertama pada Festival Musim Panas di Itali, selepas dua bulan berehat.

Mengikut perancangan, siri jelajah Justice World Tour akan bersambung di Afrika Selatan, Asia Barat, Asia, Australia dan New Zealand sebelum kembali ke Eropah, antara Januari hingga Mac tahun depan.

Peminat di Malaysia sepatutnya berpeluang menyaksikan persembahan Bieber pada konsert yang akan dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur bulan depan.

BACA:

Ringgit alami kejatuhan paling besar dalam sejarah

Wanita dakwa rasa biawak macam ayam, kongsi pengalaman buat lauk kari

Ahli sihir Russia dakwa susah nak sihir orang islam jaga solat

CATEGORIES