Jutawan di Malaysia perlukan satu tips ini untuk berasa selesa

Oleh AHMAD YUSOF MUSTAPHA

Orang kaya di Malaysia perlukan lebih RM3 juta untuk bersara selesa.

Purata simpanan persaraan yang diperlukan golongan kaya di Malaysia adalah sebanyak AS$830,000 (RM3.61 juta),

Demikian menurut hasil Laporan Kualiti Hidup 2024 HSBC.

Menurut laporan yang mengkaji hubungan antara kecergasan kewangan, kesihatan fizikal dan mental serta peranan perancangan itu menunjukkan

jumlah purata simpanan itu lebih rendah berbanding yang ditinjau di Hong Kong (RM4.73 juta) dan Singapura (RM4.29 juta), tetapi lebih tinggi berbanding India (RM1.71 juta) dan Indonesia (RM1.49 juta).

Jutawan di Malaysia perlukan satu tips ini untuk berasa selesa

Laporan itu, yang meninjau lebih 11,000 individu kaya di 11 pasaran termasuk Malaysia, juga mendapati bahawa 73 peratus daripada golongan kaya di Malaysia mengatakan bahawa mereka berada di landasan kewangan untuk mencapai matlamat persaraan mereka.

Tinjauan itu mentakrifkan individu kaya sebagai mereka yang mempunyai aset boleh dilabur sebanyak AS$100,000 hingga AS$2 juta.

Hampir separuh (48 peratus) daripada golongan kaya di Malaysia yang ditinjau mengatakan mereka mahu bekerja selepas bersara, iaitu lebih tinggi sedikit daripada purata tinjauan sebanyak 47 peratus.

Mengenai tiga kebimbangan utama mereka terhadap persaraan, golongan kaya di Malaysia menyebut kemerosotan dalam kesihatan fizikal (44 peratus), kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi (40 peratus) dan inflasi akan menjejaskan simpanan persaraan mereka (38 peratus).

Memandangkan penjagaan kesihatan adalah kebimbangan utama, tidak hairanlah 44 peratus daripada golongan kaya di Malaysia mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi sebagai matlamat kewangan utama.

Sebanyak 72 peratus daripada golongan kaya di Malaysia juga adalah perancang yang bijak dalam pengumpulan kekayaan, lebih tinggi berbanding Singapura (61 peratus), Taiwan (61 peratus) dan Hong Kong (60 peratus).

Perancang yang bijak dalam pengumpulan kekayaan sentiasa menyemak pelan kewangan mereka, mendapatkan nasihat profesional, serta mempunyai portfolio pelaburan yang dipelbagai merentas jenis produk, kelas aset, sektor, tema dan geografi.

Mengulas mengenai dapatan tinjauan itu, Ketua Bahagian Kekayaan dan Perbankan Peribadi, HSBC Malaysia, Linda Yip, berkata menikmati persaraan yang selesa adalah aspirasi ramai dan kunci untuk mencapainya ialah dengan membina penampan kewangan yang mencukupi untuk mencapai matlamat itu.

Beliau berkata, simpanan saja mungkin tidak mencukupi dan di sinilah peri pentingnya perancangan kewangan dan membuat keputusan pelaburan dan perlindungan yang betul, itulah yang ditekankan oleh Laporan Kualiti Hidup 2024.

“Dengan semakin berkembangnya ekonomi Malaysia dan usahanya ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi, adalah wajar responden yang kaya di Malaysia mengatakan bahawa mereka memperuntukkan 24 peratus daripada pendapatan bulanan mereka untuk pelaburan, sekali gus menekankan kepentingan perancangan kewangan untuk masa hadapan.

“Apabila kecergasan kewangan adalah terkawal, ini akan memberi kesan berganda positif ke atas kesejahteraan mental dan fizikal, dan seterusnya membawa kepada Kualiti Hidup yang baik,” katanya.

BACA: Jangan panik! Ini petua rawatan awal lepas disengat tebuan