Jutawan Hartanah terkenal tak jadi saman pemfitnahnya RM7 juta. Jutawan hartanah, Muhammad Azlan [email protected] mengambil keputusan menyelesaikan isu dia difitnah oleh seorang lelaki dari Tumpat, Kelantan secara baik tanpa melibatkan tuntutan mahkamah.
Peguam Hayat Muhamad berkata, anak guamnya yang lebih dikenali sebagai Muhammad Azlan Al Amin, 35, itu membatalkan hasrat memfailkan tuntutan saman fitnah sebanyak RM7 juta terhadap lelaki berkenaan.
“Perkara ini sebenarnya tercetus disebabkan salah faham dan ia telah pun selesai semalam dengan lelaki berkenaan memohon maaf secara terbuka kepada Azlan serta membetulkan keadaan.
“Permohonan maaf itu diterima dan Azlan turut bermurah hati beri saguhati sebanyak RM11,000 kepadanya sebagai bantuan kerana mengalami masalah kewangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurut Hayat, Azlan menyedari dia difitnah oleh individu terbabit dengan pelbagai tuduhan pada Sabtu lalu selepas melayari Facebook sebelum membuat laporan di Balai Polis Jertih, Besut pada hari sama.
Jelas beliau, antara fitnah tersebut adalah dakwaan Azlan tidak membayar hutang sebanyak RM10,000 dan melantiknya supaya membuat siaran langsung di Facebook bagi menaikkan jumlah pengikut Facebook.
“Fitnah lain yang dilemparkan adalah kononnya Azlan menyuruh gangster membuat ugutan bunuh, cuba mencederakannya, menuduh Azlan mempunyai pakatan dengan polis dan diadakan satu pergaduhan olok- olok dengan seorang lelaki lain.
BACA:
Jangan bagi alasan parlimen tergantung halang PRU, kata Zahid kepada PM
Zahid panggil semua ketua bahagian Umno mesyuarat tergempar hari ini