Kadar gaji di Jepun meningkat tapi harga makanan masih sama? Kenapa Malaysia tak boleh ikut? Ini sebabnya. P
enulisan ini ditulis oleh saudara Muhammad Zulfahmi Bin Samsuddin di laman Facebook beliau dan mendapat kebenaran mengulang siar penulisan ini untuk manfaat bersama.
Penulisan ini telah disunting bagi memudahkan pembacaan.
Nota: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman Encik Muhammad Zulfahmi sendiri dan data yang diperolehi dari rakan serta pelajar beliau di Jepun. Ia mungkin berbeza daripada yang lain.
Di sini saya cuba bandingkan gaji di Malaysia dan Jepun dibandingkan dengan kos hidup antara tahun 2003 dan tahun 2019.
Jika kita bandingkan dari segi gaji, gaji jurutera di Jepun tidak banyak berubah untuk lepasan universiti.
Gaji pada tahun 2003 untuk lepasan ijazah sarjana muda mekanikal adalah 206,000 Yen (RM7,905) dan meningkat kepada 216,000 Yen (RM8,290) pada tahun 2019.
Maklumat ini diperolehi daripada rakan saya dari syarikat lama saya bekerja.
encik muhammad zulfahmi samsuddin berbaju putih bersama pelajar kejuruteraan 519
(Encik Zulfahmi Samsuddin berbaju putih bersama pelajar kejuruteraan)
Peningkatan adalah sebanyak 10,000 Yen atau RM360 sahaja. Tetapi jika dilihatkan kepada harga makanan pada 2003 sehingga kini, tidak banyak perubahan berlaku.
Selepas pulang dari Jepun pada tahun 2012, saya pernah ke Jepun sebanyak 3 kali pada 2014, 2017 dan 2018.
Ternyata harga makanan di Jepun tidak berubah.
Tempura Soba iaitu makanan pertama yang sesuai dengan citarasa saya di Kafe Science and Engineering Waseda University masih dijual dengan harga 250 Yen (RM9.60), sama seperti pada tahun 2003.
Peperencino Saizeriya pula masih berharga 299 Yen (RM11.50) dan harga set makan tengahari untuk nan di Siddique masih berharga 1200 Yen (RM46).
harga tempura soba di jepun tak banyak berubah dari tahun 2003 hingga 2019
(Tempura Soba)
Ini yang saya semak ketika ke Jepun pada Mac 2018.
Kesemuanya tidak berubah dan ini bermakna kos sara hidup tidak berubah dengan gaji yang semakin meningkat.
Cuma Onigiri naik dari 105 yen (RM4.03) kepada 108 Yen (RM4.15) disebabkan oleh GST yang naik dari 5% kepada 8%.
Pada tahun 2006 di Malaysia, saya ditawarkan jawatan sebagai seorang jurutera di Perodua dan gaji yang ditawarkan adalah sebanyak RM2,200 tidak termasuk elaun.
Namun pada ketika itu saya memilih untuk menyambungkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana.
Kini, saya bersyukur kerana lepasan baru ijazah sarjana muda ditawarkan gaji sebanyak RM2,800 tidak termasuk elaun.
Ini melihatkan kenaikan sebanyak RM600, yang mana lebih tinggi berbanding kenaikan gaji di Jepun.
Maklumat ini saya perolehi melalui pertanyaan kepada pelajar saya sama ada mahu pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian atau bekerja di Jepun dahulu.
Walaupun agak tinggi, tetapi kenaikan ini tidak selari dengan kenaikan kos sara hidup.
Di Jepun, kos makanan dari 2003 tidak banyak berubah tetapi harga nasi goreng di tempat saya belajar dahulu iaitu KYPM Bangi (Kini KPTM Bangi) di sebelah restoran sebelah masjid Teras Jernang, berharga RM2.00.
nasi goreng kampung 834
Ditambah dengan air sirap yang berharga RM0.50, jumlah makan tengahari hanyalah RM2.50. Paling mahal pun nasi goreng ketika itu adalah sekitar RM2.50 hingga RM3.00.
Kini pada tahun 2019, agak sukar untuk mendapatkan nasi goreng berharga RM5.00 (mengikut kawasan).
Di tempat tinggal saya iaitu Bangi Avenue, harga biasa bagi nasi goreng adalah RM6.00. Jadi kos makanan di Malaysia telah meningkat antara 2.5 hingga 3 kali ganda.
Sedangkan gaji hanya meningkat sebanyak 1.27 kali ganda sahaja (RM2800 / RM2200).
Peningkatan gaji harus selari dengan kos sarah hidup
Ini lah yang dikatakan kos sara hidup yang perlu ditangani oleh kerajaan atau peniaga berkorban untuk tidak menaikkan harga barang.
Jika kita fikirkan nisbah tersebut, gaji permulaan jurutera di Malaysia sepatutnya kini sekurang-kurangnya berada di paras antara RM5,000 hingga RM6,000.
Faktor inilah yang menyebabkan ramai jurutera “lari” dari bidang kejuruteraan.
Saya sebagai pensyarah kejuruteraan mekanikal boleh mengajar mereka tentang kejuruteraan, tetapi saya tidak dapat menghalang mereka mencari pekerjaan yang bergaji lebih tinggi untuk keselesaan hidup.
Salah seorang daripada rakan saya yang kekal sebagai seorang jurutera kebanyakannya dalam bidang minyak dan galian dimana gaji mereka sememangnya tinggi, tetapi dalam bidang perkilangan gaji masih berada di takuk lama.
Ramai graduan kejuruteraan lari ke bidang yang lebih menjanjikan gaji lebih tinggi seperti bidang insurans yang gajinya boleh mencecah 5 angka dan mampu memakai kereta mewah atau berubah ke bidang perkhidmatan teknikal yang gajinya mencecah RM7,000.
(Nor Hairuddin, anak Malaysia yang merupakan ketua jurutera Honda di Jepun yang mencipta Sistem SH-AWD Honda. Kredit: Carlist)
Kerjaya jurutera adalah berbeza dengan bidang tersebut, di mana walau serajin mana seseorang jurutera itu, gaji mereka tidak bertambah dan hanya bayaran kerja lebih masa sahaja yang meningkatkan motivasi.
Jika dalam pekerjaan lain, semakin banyak jualan semakin banyak komisen dan sebagainya.
Bagi jurutera, semakin banyak masalah diselesaikan jurutera, makin kaya syarikat. Gaji mereka akan bertambah dengan bonus tersebut.
Kesatuan pekerja bantu bela nasib jurutera
kesatuan pekerja untuk jurutera di jepun
Di Jepun, wujudnya 組合(Kumiai : Work Union) seperti CUEPACS iaitu kesatuan pekerja dalam banyak.
Contohnya adalah seperti Denki Rengou (電機連合:Kesatuan Elektrik dan Mekanikal) yang setiap tahun akan berusaha supaya bonus pekerja dinaikkan.
Saya harap di Malaysia juga ada persatuan yang kuat seperti ini untuk menaikkan bonus agar menjadi sumber motivasi bekerja.
Jika peningkatan gaji menteri atau ahli parlimen boleh diusulkan di perlimen, apa salahnya peningkatan gaji jurutera juga diusulkan di parlimen.
Kenaikan gaji atau penurunan harga barang sebagai contoh, harga makan tengah hari berkurang separuh dari sekarang juga diusahakan oleh para peniaga.
Jurutera juga akan berkorban masa dan tenaga mereka untuk meningkatkan daya saing negara, insya Allah.
Kepada pelajar-pelajar saya, saya berharap mereka semua terus bekerja dalam bidang kejuruteraan atau berkaitan kejuruteraan selaras dengan matlamat kerajaan untuk menjadi negara industri 4.0.
graduan kejuruteraan usm
(Graduan kejuruteraan USM. Kredit: USM)
Tetapi jika rezeki mereka di tempat lain, saya tidak akan menghalang kerana itulah yang terbaik untuk mereka.
Sebelum ini ada yang berkata kepada saya ramai site supervisor diambil dari lepasan SPM kerana pengalaman.
Bagi saya jika kerja tersebut atau kerja dari bawah diberikan kepada graduan lepasan kejuruteraan, hasil akan jadi lebih baik kerana biasanya disiplin dalam mempelajari kejuruteraan ini tinggi.
Mungkin gaji dibayar kepada lepasan SPM boleh direndahkan, tetapi adalah lebih baik mengutamakan graduan yang belajar bidang tersebut.
Mungkin masa diperlukan untuk mempelajari sesuatu kemahiran tapi saya berpendapat ia akan lebih cepat dari lepasan SPM jika diberi peluang, insya Allah.
Semoga bidang kejuruteraan akan menjadi pilihan graduan selepas ini seperti zaman dahulu dan kenaikan gaji adalah setara dengan kenaikan kos hidup.
kursus autocad mirai techno 221
(Encik Zulfahmi Bin Samsuddin)
Ketika ini, Encik Muhammad Zulfahmi menjalankan perniagaan mengajar kemahiran AutoCAD dan jika sesiapa berminat, boleh hubungi beliau di laman Facebook Autocad Mirai Techno.
BACA:
Sebenarnya nenek moyang orang Korea berasal dari Tanah Melayu, betul ke? Ini jawapannya
Kalau dikenang memori zaman sekolah, ini kenangan mengusik jiwa yang budak asrama je faham