Khabar angin mengenai perceraian antara Kajol dan Ajay Devgn semakin hangat diperkatakan selepas aktres itu memuat naik sebuah hantaran di Instagramnya.
Hantaran tersebut seolah-olah memberi hint yang Kajol sedang mencari ‘sesuatu’ untuk membuatkan dirinya gembira dan bertahan.
Berita perceraian mereka ini dikatakan berlaku disebabkan oleh kehadiran orang ketiga iaitu aktres Tabu.
Kemesraan antara Ajay dan Tabu semakin terserlah selepas bergandingan dalam sebuah filem. Akibat daripada itu, Ajay telah melayani Kajol dengan dingin.
Walaupun ada desas-desus mengenai berita perceraian pasangan ini, Kajol tampil menafikannya dan memberi jawapan;
Kajol yang menolak dakwaan bercerai itu berkongsi gambar filem “Dil Kya Kare”, di mana dia berlakon bersama Ajay
. Menerusi hantaran tersebut, pasangan ini meraikan perkahwinan mereka yang ke-24.
Untuk pengetahuan kamu, mereka telah bercinta dan berkahwin sejak tahun 1999 dan dikurniakan dua orang anak, Nysa Devgn dan Yug Devgn.
Untuk makluman kamu, sebelum ini rumah tangga mereka pernah goyah selepas Kajol mengancam untuk bercerai jika Ajay masih berhubungan dengan Kangana Raut.