Setelah bernikah, segala perangai dan juga kelakuan keluarga pasangan haruslah kita hadapi dengan hati yang terbuka dan melayan mereka seperti keluarga sendiri.
Andai diberikan keluarga yang dibesarkan dengan amalan dan cara seperti agama islam,
amatlah bertuah namun jika diberikan keluarga yang bertentangan pula haruslah diterima dengan hati yang terbuka.
Wanita ini berkongsi kisah keluarganya yang porak peranda disebabkan kakak ipar serta ahli keluarga suami yang amat busuk hati dan mahukan mereka berpisah.
Assalamualaikum admin dan semua pembaca. Nama aku Ina (bukan nama sebenar).
Terima kasih admin jika sudi menyiarkan kisah aku. Aku cuba untuk meringkaskan cerita. Aku mahu pandangan dan kata semangat.
Aku tak mahu kecaman kerana aku sudah lelah. Hampir 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. Kami bakal menimang cahaya mata kedua. Alhamdulillah. Kini, hubungan kami suami isteri sem4kin hari sem4kin bahagia.
Lagi-lagi akan diserikan pula dengan kehadiran anak dalam rahim ini, kami hidup seperti apa yang orang lain idamkan. Suami aku sangat baik. Selalu membantu aku buat semua kerja rumah, uruskan anak sulung dan sebagainya.
Cuma nafkah on off sebab kerja sebagai tukang masak, tidak menentu pendapatan pada musim covid ini. Tapi itu tidak menjadi masalah kepada aku kerana aku juga bekerja. Suami cukupkan pampers dan susu anak, itu sudah buat aku bersyukur.
Kami selalu luangkan masa sama-sama, aku memang tak berkira duit tambah-tambah bila makan di luar bersama suami. Aku bahagia saja sebab layanan dia di rumah adalah layanan yang menjadi dambaan wanita lain.
Dulu, suami aku sama juga seperti lelaki yang tak bertanggungjawab. Kami pernah bercerai sebelum PKP yang pertama kerana aku sudah tidak tahan. Adik beradik suami sering ikut campur dalam urusan kami suami isteri.
Pernah mereka memujuk suami aku untuk PJJ dengan aku konon bersimpati dengan gaji suamiku yang kecil. Kakak iparku pernah mencanang namaku pada seluruh keluarganya mengatakan yang aku dalam diam malu mempunyai suami seorang tukang masak sedangkan aku bekerjaya dan mendapat gaji yang lebih besar daripada suami.
Aku tak tahu perkara itu sehinggalah pada satu hari aku bertengk4r dengan suami, dia terlepas semuanya. Aku kecewa dan lebih kecewa lagi suami menyebelahi kakaknya. Katanya, aku adalah manusia yang nak mengh4ncurkan hubungan kekeluargaan mereka sedangkan aku tak penah masuk campur hal keluarga mereka.
Aku bukan jenis banyak mulut bila dengan keluarga mereka. Dipendekkan cerita, kami bercerai juga selepas kami bertengkar. Puncanya adalah aku menemui pesanan kakaknya yang lain bahawa dia tidak pernah menerima aku masuk dalam keluarga mereka.
Dia pesan, bila balik kampung nanti, dia hanya menerima suamiku saja tapi tidak menerima aku. Tak mahu tengok muka aku lagi jejakkan kaki di rumah ibu bapa mereka. Ya, aku sangat terluka dan lebih terluka, suami aku tidak menyebelahi aku dan percaya bulat-bulat apa yang disampaikan kakak dia sedangkan yang duduk serumah, tido sebantal dngan aku adalah dia.
Bukan kakak dia. Aku pasrah dan reda. Aku hidup berdua dengan anak. Dalam masa beberapa minggu (masih dalam eddah). suami pada masa itu tinggal di rumah ibu bapanya. Dia mengadu kepada aku secara berkias yang dia juga punyai masalah dengan kakak-kakak yang cuba menghina dia pula sebab mereka tidak tahu kami bercerai.
Mereka cuba psiko harapkan kami bercerai. Padahal kami memang sudah bercerai. Dari situ, suami mula nampak siapa yang harus dia percaya dan dia mohon rujuk kembali kerana rindukan anak. Anak memang rapat dengan dia.
Aku pikir lebih 100 kali sampai tiada jawapan. Akhirnya aku mohon Allah tuntun hati aku demi kebaikan keluarga kami. Akhirnya kami bersatu kembali. Rupanya ada hikmah perceraian itu berlaku. Selepas kami rujuk, suami aku berubah 360 darjah.
Tidak lagi menggunakan kata-katanya yang mengguris hati aku. Buat semua kerja rumah termasuklah basuh kain, angkat kain, bersihkan rumah, masak atau beli makanan jika tak larat masak, uruskan anak, uruskan rumah hampir setiap hari sehingga kini.
Aku bersyukur. Aku lebih bahagia dengan suami sekarang dan suami akan cuba memahami hati aku setiap kali aku meluah perasaan. Pujukan yang aku terima berbanding perlian pada satu ketika dulu. Dia memang memanjakan aku bagai anak kecil.
Dulu emosiku did3ra, kini tidak lagi alahamdulillah. Cuma, suami masih berusaha menjernihkan hubungan aku dengan keluarganya. Aku tidak mampu. Aku rasa maru4h aku dipijak – pijak. Aku menerima suami, bukan menerima keluarganya.
Memang tak elok begitu kan? Tapi aku terkesan dengan kata-kata kakak ipar yang mengatakan dia hanya menerima suami tetapi tidak aku. Aku pernah juga balik kampung dia dua kali selepas kejadian itu, tetapi adik ipar lelaki dan perempuan aku memandang sinis pada aku.
Anak aku juga tak dapat bermain dengan sepupu mereka menggunakan barang mainan mereka. Aku sedih lihat moment itu. Sejak itu aku tak mahu lagi berganjak ke sana. Aku tak mampu lihat anak aku dilayan seperti orang yang bersalah sedangkan dia hanya kanak-kanak yang tak faham apa-apa selain bahagia dalam dunia dia saja.
Satu hal nya, mereka jenis yang tak tahu malu. Sudah menc4ci aku, masih mahu guna harta aku, kereta aku. Tapi dengan muka yang sombong. Mereka sejenis yang mengatakan semua harta itu adalah kepunyaan suamiku walhal mereka tahu suamiku hanya ada motor sebijik saja itu pun dia dapat selepas kami rujuk.
Aku tak boleh hidup dan hadap orang yang tak tahu malu. Suami ajak aku pulang lagi ke kampung, meraikan majlis perkahwinan adik beradik yang lain. Tapi aku tak mahu. Aku tak kuat untuk did3ra emosi. Aku jenis cepat serik dan tidak mudah melupakan.
Maaf aku mungkin tidak ikhlas sebab aku tersangat s4kit. Aku juga tidak mahu suami balik seorang diri menggunakan kereta aku. Aku juga tak sampai hati biarkan dia naik motor saja sebab jauhnya hampir 5-6 jam. Aku buntu.
Aku memang tak mahu mereka menggunakan harta aku. Aku tak redha kerana aku tidak mampu berbuat baik kepada orang yang memij4k aku. Aku bukan sebaik itu. Kali terakhir adik-adik ipar aku naik kereta aku (bersama suami), mereka buang segala kulit buah mata kucing yang mereka makan di bahagian kaki.
Tak cukup dengan itu, mereka melenyek buah itu di karpet kereta aku dengan cara memij4knya. Aku jumpa banyak buah yang dah kena lenyek sampai melekat habis di karpet. Belum lagi face mask yang aku sediakan sekotak di dalam kereta, lesap semuanya tinggal kotak sahaja.
Ya Allah, aku tak mampu hidup dengan manusia berhati busuk. Aku tak tunggu lama, tak tunggu mereka h4ncurkan kereta aku dulu untuk aku sedar. Aku cepat sedar. Ya, aku sangat berkira dengan orang yang aku rasakan tidak layak.
Sebab aku sangat bermurah hati dengan manusia lain sebelum ini. Aku tidak mampu bermurah hati pula dengan orang yang mengani4ya aku. Maaf luahan ini agak panjang. Dari cerita aku, aku mahu minta pendapat kalian. Bagaimana caranya untuk aku ikhlaskan hati aku untuk maafkan mereka dan bagaimana aku harus kuat untuk menghadapi mereka lagi.
Suami aku sudah sangat baik akhir-akhir ini terhadap aku sehingga melayani aku seperti puteri bila di rumah. Tapi aku rasa bersalah kerana tidak dapat memaafkan keluarga suami. Aku cuba tapi aku tak mampu. Aku tahu suami sedih.
Tapi, aku tak mampu buat masa ini. Aku perlukan kata-kata semangat untuk perbaiki semuanya. Terima kasih kerana membaca. Semoga Allah murahkan rezeki kalian semua. Aamiin. – Ina (Bukan nama sebenar)
Baca juga: Iklan minyak wangi berniat tarik perhatian bukan mahram, pendakwah nasihat hentikan