Kakak sulung Azmin Ali positif Covid-19

Kakak sulung Azmin Ali positif Covid-19

Kakak sulung Menteri MITI, Datuk Seri Azmin Ali, telah disahkan positif Covid-19.

Perkara ini dimaklumkan oleh adiknya Umi Hafilda Ali dalam sebuah hantaran Facebook pada hari Jumaat 22 Mei. Umi berkata kakaknya, Norlia Ali, 62, telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh

“Doakan kesembuhan kak long saya yang terkena jangkitan Covid-19 dan kini berada di Hospital Sungai Buloh. Moga beliau tabah terpisah dari semua ahli keluarga menjelang Hari Raya sehari lagi..sad.. Hanya kuasa Allah swt mampu merubah segala yang mustahil dan menyembuhkannya. Ameen,” katanya.

Jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 7,137 kes pada hari Jumaat.

Berita penuh :https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/22/azmin-ali039s-eldest-sister-tests-positive-for-covid-19