Kalah gaji minimum kerajaan! Tawaran gaji kerja Uniqlo curi perhatian ramai

Oleh ISMAIL YAHYA

Kerajaan Malaysia telah menetapkan gaji minimum sekitar RM1,700 yang dijangka dikuatkuasakan bermula Februari 2025.

Namun, sebuah syarikat pakaian dari Jepun, Uniqlo, kini menawarkan gaji asas yang jauh lebih tinggi untuk jawatan retail associate di butik mereka.

Uniqlo mengiklankan jawatan kosong tersebut dengan gaji asas setinggi RM3,000, tidak termasuk elaun tambahan sebanyak RM150 untuk pekerja sepenuh masa.

Bagi pekerja sambilan pula, upah yang ditawarkan adalah antara RM12 hingga RM14 bagi setiap jam.

Dalam iklan tersebut, Uniqlo turut mensyaratkan kelayakan minimum Diploma atau lebih tinggi

Kalah gaji minimum kerajaan! Tawaran gaji kerja Uniqlo curi perhatian ramai

serta kebolehan berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Inggeris, selain mempunyai kemahiran melayani pelanggan setiap hari.

Perkongsian iklan ini di platform X (sebelumnya dikenali sebagai Twitter) mendapat perhatian ramai kerana penawaran gaji asas yang lumayan untuk jawatan tersebut, jauh melebihi gaji minimum yang akan diselaraskan.

Malah, ada yang menyatakan bahawa gaji asas di Uniqlo hampir menyamai gaji kerja profesional dalam pasaran yang sama.

Ini menyebabkan ramai berminat untuk mencuba nasib bagi merebut jawatan yang ditawarkan Uniqlo.

BACA: Hari-hari abah tanya mak ‘apa yang saya boleh buat pada hari ini supaya hari ini lebih baik untuk awak’ sehinggalah ini yang jadi