Kalau ada lebihan RM100 setiap bulan, ini 3 perkara boleh dibuat

Oleh ISMAIL YAHYA

Macam-macam anda boleh buat sekiranya ada lebihan RM100 selepas merangka belanjawan bulanan.

Walaupun nampak sedikit ketika harga barang dah melambung, tetapi dah nama pun duit,

RM100 tetap bermanfaat besar untuk jangka panjang jika kita menghargainya pada masa ini.

Kalau ada lebihan RM100 setiap bulan, ini 3 perkara boleh dibuat

1. Lunaskan hutang

Tentu anda pasti tahu kisah bagaimana Rasulullah SAW enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutang.

Jadi, lebihan RM100 setiap bulan boleh anda cepat-cepat selesaikan hutang sama ada hutang dengan kawan atau pinjaman bank yang boleh jimatkan bayaran faedah.

Tambah RM100 dalam bayaran bulanan anda dengan mengutamakan hutang yang mempunyai kadar faedah paling tinggi. Sebabnya, hutang itu yang paling menekan kewangan anda. Kalau dapat selesaikan awal, lebih banyak lebihan wang dapat digunakan nanti.

2. Tabung kecemasan

Boleh dah mulakan buat tabung kecemasan dengan lebihan RM100 itu. Memang nampak sedikit tetapi kalau berdisiplin setiap bulan menyimpan, boleh nanti guna waktu sesak nanti.

Tabung kecemasan ini mustahak semasa berdepan situasi tidak dijangka. Malah, Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) pun pernah beritahu tentang sikap sebahagian rakyat Malaysia.

Katanya, hampir separuh rakyat negara ini susah betuk nak peruntukkan RM1,000 bagi tujuan kecemasan. Jadi, bolehlah mulakan menyimpan RM100 setiap bulan tanpa henti demi masa depan.

3. Buat ibadat korban

Sebenarnya dengan RM100 setiap bulan dah boleh sebelahkan untuk buat ibadat korban tahun depan. Malah,dengan satu bahagian lembu korban tahun ini yang sekitar RM800 hingga RM850, kita hanya perlu menabung RM70 setiap bulan.

Genap 12 bulan, boleh dah kita melaksanakan ibadah korban tahun berikutnya. Bukan perkara pelik pun usaha menabung untuk berkorban sebab dah diamalkan kebanyakan orang sejak dahulu lagi.

Tak perlu bergelar jutawan pun baru nak buat korban. Cukup dengan lebihan RM100 di hujung bulan malah kurang daripada itu pun, jika istiqomah menabung, kita boleh dapat ganjaran pahala daripada ibadat korban.

Baca:Hentikan angkat ‘individu bodoh’ sebagai ikon media sosial – Amin Idris