Kalau dah termasuk, makesure minyak penuh! Ini Lebuhraya lurus paling panjang dalam dunia, 2 jam perjalanan!

Oleh GEMILANGDAILY

Kalau dah termasuk, makesure minyak penuh! Ini Lebuhraya lurus paling panjang dalam dunia, 2 jam perjalanan!

Lebuh raya merupakan satu laluan darat yang menghubungkan pelbagai laluan lain.

Lebuh raya kebiasaannya digunakan oleh pelbagai kenderaan seperti motosikal, kereta, van, bas, trak pikap lori dan pelbagai lagi kenderaan lain.

Kalau dah termasuk, makesure minyak penuh! Ini Lebuhraya lurus paling panjang dalam dunia, 2 jam perjalanan!

Laluan ini biasanya menggunakan batuan seperti tar dan campuran bahan kimia pada suhu yang tinggi sebelum diturap di atas jalan.

Dengan pembinaan lebuh raya, kesemua kenderaan tidak perlu menggunakan ‘jalan dalam’ untuk menuju ke destinasi yang dirancang.

Kebanyakan lebuh raya yang dilalui oleh pemandu selalunya dalam keadaan bengkang-bengkok, bertingkat atau berpusing (flyover), berbukit-bukau dan melalui terowong .

Namun, pernahkah anda terfikir sebenarnya terdapat lebuh raya paling lurus dan panjang di dunia? Ya ada. Jawapannya, Lebuhraya 10.

Lebuhraya 10 atau Jalan Terlurus Di Dunia

Menurut laporan Guiness World Record, Highway 10 menjadi jalan paling lurus di dunia. Lebuh raya ini bermula dari kawasan bandar Haradh ke Al Batha dengan panjang 240 kilometer (149 batu).

"highway" paling lurus

Laluan ini juga bersempadan antara negara Arab Saudi dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Walau bagaimanapun, ada yang mendakwa panjang lebuh raya ini mencapai 256 kilometer (km).

Highway 10 terletak di barat Arab Saudi dan menghubungkan 75 lebuhraya lain di Haradh. Laluan lurus ini mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk diterokai sepenuhnya.

BACA JUGA: Ratusan Nyawa Penyokong Terkorban, Ini 7 Tragedi Terburuk Pernah Berlaku Dalam Sejarah Bola Sepak Dunia
Pada awalnya, ia merupakan jalan persendirian mantan Raja Arab Saudi, Raja Fahd sebelum dibuka kepada umum.

“highway” paling lurusGambar: Google Maps
Highway 10 menyajikan pemandangan padang pasir Rub Al-Khali yang terbentang luas seperti tiada penghujung.

Untuk pengetahuan, lebuh raya ini mungkin tidak menjadi pilihan anda kerana suhu di kawasan tersebut sekitar 50 darjah Celsius dan membeku pada waktu malam.

Tambahan lagi, ia menjadi sunyi kerana hampir tiada hidupan ekoran bentuk muka buminya yang tandus.

Lebuhraya Eyre Australia

Sebelum ini, Lebuhraya Eyre Australia merupakan lebuhraya paling lurus di dunia dengan panjang sekitar 146 kilometer sebelum dinobatkan kepada Arab Saudi.

BACA:

“Baru sebulan kahwin aku dah cakap aku menyesal kahwin dengan kau. Ceraikan aku.. Sekarang ni aku menyesal cakap macam tu..”