Kalau korang rasa cili padi yang orang Negeri Sembilan guna tu dah cukup pedas, anda silap! Ini 8 cili terpedas di dunia
.Ada di kalangan kita yang memang suka dengan makanan pedas.
Makan apa pun memang wajib kena ada elemen ‘pedas’ di dalam masakan.
Ada juga yang boleh makan cili padi dengan begitu saja! Nak tahu ke tidak sebenarnya ada cili yang jauh lebih pedas banding cili padi? Terkejut!
Tak semua diantara kita yang mampu untuk makan pedas kerana tolerasi yang rendah. Bau sambal yang sedang ditumis atas dapur pun boleh buatnya bersin sepangjang hari.
Kalau anda fikir cili padi sudah teramat pedas, anda belum lagi kenal dengan cili-cili lain yang lebih pedas dari itu.
8 Cili Terpedas di Dunia
1. Carolina Reaper
Merupakan cili yang terpedas di dunia, rupa Carolina Reaper sudah buat sesiapa yang memandang berasa gerun. Berasal dari South Carolina, Amerika Syarikat. Dikatakan ianya memiliki kepedasan lima ratus kali ganda berbanding sos Tabasco.
2. Moruga Scorpion
Tempat kedua jatuh kepada Moruga Scorpion yang baru ditemui di Trinidad dan Tobago. Menurut pakar, Paul Bosland, pada mulanya anda mencuba cili ini, ianya tidak terlalu pedas. Namun begitu, semakin lama, anda akan mulai merasakan kepedasannya dan ianya tidak berhenti.
3. Naga Morich
Juga dikenali sebagai ‘The Snake’, cili ini berasal dari Bangladesh. Rupanya menyerupai Bhut Jolokia. Namun begitu, saiznya lebih kecil. Ianya mempunyai rasa yang unik iaitu sedikit manis dan masam.
Secara tradisionalnya, warga Bangladesh akan menggunakan cili ini dalam masakan mereka dengan menghiris cili yang pra-matang dan mengosokkan pada makanan yang ingin dimasak.
4. Chocolate Trinidad Scorpion
Walaupun kepedasan Chocolate Trinidad Scorpion setanding Moruga Scorpion, ianya mempunyai rasa yang lebih manis dan kurang asidik. Chocolate Trinidad Scorpion juga sangat terkenal untuk digunakan semasa BBQ dan pelbagai jenis sos.
5. Bhut Jolokia
Berasal dari India, ianya turut dikenali sebagai Ghost Pepper. Pada tahun 2007, The Guiness Book of World Record menamakannya sebagai cili yang terpedas di dunia. Sangat disarankan anda memakai sarung tangan latek dan nitrile apabila menyentuh cili ini kerana minyaknya yang boleh menembusi sarung tangan biasa.
6. Habanero Red Savina Pepper
Cili ini pernah juga memegang rekod sebagai cili terpedas selama 12 tahun iaitu dari tahun 1994 hingga 2006.
Menurut yang pernah mencubanya, rasanya seakan manis dan kebuah-buahan. Namun begitu, jangan pandang rendah kepada kepedasan cili ini kerana pencinta pedas pun bersetuju bahawa cili ini jauh lebih pedas berbanding cili habanero.
7. Scotch Bonnet Pepper
Berasal dari pulau Caribbean, ianya juga dikenali di Guyana di mana ianya dinamakan sebagai “ball of fire” kerana tahap kepedasannya. Rasanya menyerupai habanero, namun lebih pedas. cili Scotch Bonnet juga sangat popular di gunakan di dalam masakan jerk chicken dan sos pedas.
8. Manzano Pepper
Boleh didapati di Peru dan Bolivia, Manzano mempunyai rasa yang seakan sitrus. Berbanding yang lain, cili ini antara yang paling susah untuk ditanam. Ianya memerlukan cuaca yang sejuk, di mana suhunya di antara 4 hingga 15 celcius.
Mana diantara cili-cili yang tersenarai ini yang anda ingin cuba? Kalau anda memang tak boleh tahan pedas, kita tak sarankan anda cubanya. Jauhi tau.
Kalau anda berani, cubalah cili terpedas di dunia. Pasti meletup punya. Jangan lupa share kepada kawan-kawan anda yang gemar dengan makanan pedas.
BACA:
Ini 5 sikap orang politik yang buat rakyat menyampah, no.3 tu sebiji macam perangai…