Penerbit dan pengarah terkemuka, Datuk Yusof Haslam baru-baru ini menyatakan rasa terkilan kepada anak lelakinya,
Syamsul Yusof yang sudah lama tak melawat dan menjejakkan kaki di rumah mereka.
Tambah Yusof, dia dan isteri, Datin Patimah Ismail sudah lama redha dan tidak menyimpan apa-apa rasa tidak senang hati kepada anak mereka itu.
Pengarah ini juga turut sebak apabila mengenang usia mereka yang hampir menjangkau 70 tahun tak lama lagi.
Jangan sampai bapa kau dah tak ada baru nak cari!
Menurut bapa yang berumur 69 ini, dia sentiasa mendoakan kerjaya Syamsul di industri seni dan mendoakan yang terbaik. Namun, turut dinasihati juga anaknya itu bahawa duit bukan lah segalanya.
Kalau dia tak nak balik pun, terserah. Tepuk dada tanya selera. Kalau tanya, mestilah rindu. Tiada istilah benci pada anak.
Bekas bapa mertua Puteri Sarah ini turut akui dia dan Patimah rindu hendak bertemu dan berbual dengan Shamsul memandangkan kali terakhir mereka berbual menerusi telefon adalah pada tahun lalu.
BACA: Terkejut tiba-tiba terima barang dipesan berjumlah sampai RM8 ribu, ini rupanya yang berlaku