‘Kalau tanya nama anak mungkin dia tak tahu nama, tak ingat rupa anak’

Oleh ISMAIL YAHYA

GISB Holdings (GISBH) dipromosikan sebagai rumah perlindungan anak yatim dengan niat menipu untuk mendapatkan sumbangan dan derma daripada orang ramai.

Ketua Polis Negara menyatakan bahawa siasatan mendapati kanak-kanak di rumah-rumah amal tersebut

Mereka didoktrinkan bahawa mereka adalah ‘anak yatim’ dan tidak mengenali ibu bapa masing-masing.

“Hasil rakaman keterangan yang diambil oleh polis menunjukkan bahawa terdapat kanak-kanak,

terutama yang berumur bawah 12 tahun, yang tinggal di rumah kebajikan GISBH tidak mengenali ibu bapa mereka yang merupakan ahli.

'Kalau tanya nama anak mungkin dia tak tahu nama, tak ingat rupa anak'

“Ada juga ibu bapa kanak-kanak yang kita selamatkan turut ditahan oleh polis kerana mereka tidak mahu mengaku bahawa kanak-kanak yang diselamatkan itu adalah anak mereka.

“Ini kerana GISBH juga memaparkan di laman web mereka sumbangan untuk ‘anak yatim’, sedangkan sebenarnya mereka adalah anak-anak ahli.

“Wang sumbangan dan derma yang diterima daripada pihak luar digunakan untuk tujuan lain. Ini adalah kesalahan penipuan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Jadi, lebih baik mereka tidak mengaku (kanak-kanak diselamatkan sebagai anak mereka) kerana tidak ada kesalahan itu.

“Ibu bapa dan kanak-kanak telah didoktrin bahawa mereka adalah anak yatim, malah ada yang tidak mengenali ibu bapa seolah-olah mereka benar-benar anak yatim,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL) hari ini.

“Ada yang berkahwin empat dan mempunyai 34 anak, tetapi hanya dua anak yang tinggal bersamanya.

“Jika kita tanya nama anak pun, mungkin dia tidak tahu nama mereka dan tidak ingat wajah anak,” katanya.

BACA: Jangan simpan duit dalam bank kalau nak cepat kaya, Doktor ini dedah caranya