Pastinya ramai tahu kewujudan butang ini dalam kenderaan namun tidak mengetahui bagaimana cara betul untuk menggunakannya.
Apatah lagi butang yang jarang digunakan, bila ada kecemasan barulah sibuk nak lihat balik buku manual atau terus google sahaja.
Menerusi akaun TikTok, @abangrecond.uv, lelaki ini menjelaskan fungsi butang ‘DeFog’ atau ‘DeFroster’.
Biasanya, butang ini terletak berdekatan dengan butang pendingin hawa dan pemain media.
Kebiasaannya pada waktu pagi kereta akan ada kabus di cermin kereta hingga menyebabkan kesukaran untuk melihat jalan.
Bagi cermin hadapan, pemandu boleh menggunakan wiper sahaja namun ia adalah sukar untuk cermin di bahagian belakang.
Menurut Abang Recond, butang ini berfungsi untuk menghilangkan kabus yang berada pada cermin belakang kereta.
Kabus tersebut dihasilkan menerusi proses kondensasi yang menukarkan wap air kepada titisan air.
Salah satu cara untuk untuk menghilangkannya adalah dengan menghidupkan butang DeFog dari dalam kereta.
Selepas menekan butang ini, kabus yang menghalang pandangan pemandu akan hilang secara perlahan-lahan.
Namun, pengguna disarankan untuk tidak menghidupkan butang ‘DeFog’ ini dalam jangka masa yang lama.
Ini kerana ia mampu memberi kesan terhadap cermin belakang, khususnya bagi kereta yang dipasangan dengan tinted pada bahagian tersebut.