Kamera AES bakal dipasang di jalan raya biasa undang reaksi netizen

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Dengar cerita kali ni kamera kesalamatan jalan raya boleh mengesan pemandu, lesen dan tahap kelajuan kenderaan?

Alamak, kena lebih berhati-hatilah memandu lepas ni…

Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan sedang mengkaji penggunaan kamera keselamatan jalan raya baharu

Kamera AES bakal dipasang di jalan raya biasa undang reaksi netizen

Dengan ciri e-Plate sebagai langkah penambahbaikan dan mengurangkan risiko kemalangan di Malaysia.

Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan berkata ciri baharu yang ada pada kamera itu dijangka berupaya mengesan pemandu, lesen kenderaan dan menangkap tahap kelajuan kenderaan, sekali gus memudahkan penguatkuasaan.

Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang meneliti dan menimbang hala tuju baharu berhubung kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS). Mungkin akan ditambah kamera ini, tetapi bukan dalam bentuk yang ada sekarang (AWAS) di tempat baharu.

Namun, ia masih dalam kajian untuk melihat siapa pengguna jalan raya yang langgar peraturan dan lesen kenderaan memandu, jadi masa depan akan ditambah lagi ciri lain pada kamera itu untuk dapat menangkap (merakam) kelajuan.

Malah, Hasbi juga berkata sedemikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Suhaimi Nasir (BN-Libaran) mengenai perancangan Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan jalan raya.

Bukan itu sahaja, Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) turut bertanyakan mengenai kos yang terlibat, Hasbi berkata perkara itu masih dalam peringkat penyelidikan dan kos sebenar akan diumum jika penggunaannya mendapat kelulusan pada masa depan.

Menurutnya lagi, kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya di lokasi pemasangan kamera itu mencecah 99 peratus.

Terdahulu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bakal melaksanakan operasi khas besar-besaran terhadap kenderaan perdagangan, terutama lori membawa muatan pasir.

BACA: ““Walaupun aku bukan menantu pilihan, aku juga manusia biasa kadang kala aku rasa seperti mahu berputus asa”