Sedikit tentang diri aku. Nama aku Bella, berumur 20-an. Ayah aku dah meninggaI masa aku form 5
setelah hampir 4 tahun dia s4kit (bedridden). Mak aku pulak ada hubungan dengan beberapa lelaki waktu ayah s4kit tu.
Tapi ada sorang jantan yang dia serious, jantan keparat yang aku nak story ni. Dia punya hip0krit dan bermuka – muka tu
memang level dewa lah, habis kami adik beradik tertipu. Untuk pengetahuan korang, dia dah jadi bapak tiri aku dah pon 2 tahun.
Tapi aku tak akan mengaku dia bapak tiri aku, jadi aku akan bahasakan dia jantan. Admin tolong approve please…
It means a lot to me. Thank you in advance. Jujurnya aku tak tau cerita ni akan jadi panjang ke tak sebab aku main tulis je takde plot yang spesifik.
SEBELUM KAHWIN: Waktu ni aku baru lepas SPM, mak dah mula bagi hint kat kami adik beradik dia nak kahwin baru. Jantan tu ada datang rumah kadang – kadang and dorang keluar berdua selalu sangat. Cara mak nak yakinkan kitorang untuk terima jantan tu:
1) Berkerjaya (duit banyak). Pertama sekali, mak kata jantan tu kerja sebagai spy polis. Sebab tu dia banyak duduk rumah je, bila ada kerja je dia busy. Tapi setiap projek tu gaji berpuluh hingga ratus ribu. Family saya ni orang susah tau, jadi bila tau macam tu, kitorang happy lah sebab rasa macam nasib nak berubah.
Apa yang buat kitorang terhasut tu sebab lagi satu jantan ni kadang – kadang ada meeting. Dekat Penang lah, Genting lah, memang dekat hotel 5 bintang, dan orang yang dia jumpa tu pon dalam kalangan Dato’ dan sebagainya. Kenapa macam tu nanti aku sambung balik.
2) Jaga solat (kepala bana dia, tu semua lakonan). Okay seterusnya, mak kata dia ni memang jaga solat. Setiap hari anak – anak dia akan bangun subuh pukuI 6 and tak tidur balik dah lepas tu. Kalau korang nak tahu, jantan ni dah ada bini dan anak 9 orang. Ye, betul korang baca tu, anak dia 9 orang.
Mak memang tak rahsiakan benda ni dari kami adik beradik, sebab dia dapat yakinkan kitorang yang jantan tu mampu. Jadi sekali lagi, kitorang terpedaya pasal keimanan jantan ni pulak. Selepas pada tu, dorang kahwin senyap – senyap dekat Thailand sana, abang – abang aku jadi saksi. Kemain weh bahagia giIa mak aku. Awal – awal kahwin tu setiap hari solat jemaah laki bini, aku pon macam ‘Alhamdulillah’ je lah.
LEPAS KAHWIN: Berapa lama sangatlah mak nak sorok hakik4t yang dia dah kahwin baru, kat sempadan pulak tu. Orang kampung ni cepat ni cari bahan gosip. Akhirnya sampai jugak kat telinga nenek dan adik beradik mak. Rumah aku ni belakang rumah nenek, tapi kena masuk lorong kecik sebeIah rumah nenek sampai ke belakang jauh sikit baru jumpa.
Jadi nenek selalu je nampak kereta jantan ni ulang alik masuk ke jalan rumah aku, tapi dia positifkan diri ingatkan orang yang ada urusan ke apa. Kemuncak dia adalah satu malam tu. Adik beradik mak semua kumpul dekat rumah nenek, panggil mak dan jantan tu.
Mak suruh aku dengan abang sulung ikut, dia kata nak semangat sebab dia tau dia akan dihentam. Satu, sebab kahwin senyap – senyap dekat Thailand. Dua, sebab adik mak pernah bercerai sebab ada orang ketiga runtvhkan rumah tangga dia.
Sampai je rumah nenek tu, kitorang duduk dekat luar rumah je bincang kat situ. Mulalah perg4duhan antara family mak yang sebelum tu sangat rapat. Semua orang kecewa dengan mak, dan kami adik beradik jugak sebab bagi mak kahwin.
Dalam sejam lepas tu, pakcik kata nak bawak bini tua jantan tu ke rumah nenek sekali biar dia tau laki dia dah kahwin baru. Dan ya, dia memang bawak betul – betul. Bini tua dia tu tvmbuk – tvmbuk jantan tu sebab marah.
Dia sendiri memang tak sokong apa yang laki dia tu buat dan bermulalah sesi pembongkaran sikap sebenar jantan tu. Dia bagitau yang jantan tu tak kerja, anak – anak makan nasi goreng je hari – hari. Setakat mengharap gaji dia sorang yang tak seberapa.
Kereta Vios yang dia pakai tu pon sebenarnya anak sulung dia yang belikan. Anak dia kerja Singapore gaji banyak, tapi takde lah sampai tahan boleh support makan minum family sepenuhnya. Dah bapaknya ada lagi, patutnya bapaknya tu yang kena kerja bagi anak makan.
Malam tu pakcik aku p4ksa dorang bercerai. Dia pegang p4rang and sorok kat belakang dia. Jadi jantan tu lafazkan taIak satu kat mak, tapi lepas tu rujuk balik secara tak rasmi sebab dorang bukan ada sijil kahwin malaysia pon, nak kena turun naik mahkamah untuk cerai and rujuk.
Tapi keadaan berubah lepas malam tu. Bini tua jantan tu selalu datang rumah bila duit takde and menjerit – jerit satu kampung pon boleh dengar padahal laki dia bukannya tengah kat rumah aku pon. Biasanya dia akan duduk dekat motor dia sebab mak memang tak takkan bagi dia masuk rumah. Mak pulak akan berdiri depan di sebalik grill sebab tak nak kena ser4ng. Apa yang dia buat adalah bongkarkan lagi macam – macam sikap laki dia tu.
1) Pemalas. Dia tak kerja dan tak cari kerja. Punyalah pemalas jantan tu, kerja berat sikit pon dia tak boleh buat. Kerja – kerja kampungkan biasanya memang meletihkan macam kutip sawit, r4cun rumput. Tapi walaupun kerja dekat pump minyak pon dia tak nak weh. Selagi tak jumpa kerja yang grand lah senang kata dia tak akan kerja.
2) Kaki ganja. Jantan kep4rat tu hisap g4nja weh! Bila bini tua dia bagitau benda ni kat mak aku, mak aku terk3jut pon. Rupanya sebab dia memang dah tau dah pon. Aku macam nak m4ki je. Mak aku siap simpankan g4nja jantan tu dalam purse dia weh.
Masa aku jumpa tu aku taktau tu g4nja. Lepas tu aku google – google baru tau. Abang aku pon pernah jumpa dan dia memang jumpa mak aku terus. Lepas – lepas tu mak aku tak berani dah simpankan g4nja jantan tu lagi.
3) Gadai tapak surau. Mak jantan ni wakafkan tanah dia buat surau. Surau tu sebeIah rumah dia je, rumah dia dengan bini tua dia. Pernah dia terdesak dia pergi gadai tanah tu. Dah lah tapak surau. Maka, orang kampung terp4ksalah kumpul duit sesama dorang nak dapatkan balik tanah tu.
Jadi dia langsung takde kerja dah sekarang, sekian. Okay bila dah kant0i macam ni, sudah tentulah kami adik beradik benci dia kecuali abang sulung aku. Dia sorang je yang masih support perkahwinan ni sebab dia rasa ada orang yang boleh jagakan mak dan adik – adik dia.
Kalau tak sebelum ni dia sentiasa risaukan kitorang dan sanggup tak sambung belajar and kerja area rumah je. Disebabkan rasa benci aku ni kat dia, aku selalu g4duh dengan jantan ni. Sampai satu masa tu bini dia datang rumah aku lagi tapi waktu ni jantan tu memang tengah kat rumah aku.
Aku memang waktu tu kena keluar, sempatlah aku m4ki 2 ekor tu dulu, lepas tu aku c4mpak beg jantan tu kat batu laman, baru aku blah. Dan kemudian nak tahu tak, mak aku mestilah marah kat aku, dia nangis – nangis kata aku tak hormat suami dia.
Dah per4ngai s3tan macam tu layak ke aku nak hormat? Start dari haritu dorang terus pindahkan barang – barang dorang ke rumah zakat kat sebeIah rumah kitorang duduk ni. Berminggulah aku tak bertegur dengan mak aku.
Kitorang memang dapat zakat and rumah zakat tu dibina waktu ayah awal – awal s4kit dulu. Tapi lepas tu ayah dapat duit insurans and kitorang buat rumah sendiri sebeIah dia. Biasanya rumah tu mak buat tempat dia jahit baju tu tapi lepas kes aku g4duh teruk dengan laki dia, terus laki dia tak berani nak masuk rumah aku.
Hello tu rumah bapak aku kot kalau nak diikutkan. Suka hati je nak buat macam rumah sendiri. Tapi lepas aku sambung belajar dan jarang balik rumah dia dah start jejak balik tapi biasanya bahagian dapur je. Okay so kenapa aku cerita semua ni?
Faktor utama sebab sebab aku takde tempat nak luahkan selain adik – adik aku. MemaIukan family aku ni. Kawan – kawan takde sorang pon yang aku pernah story sisi gelap aku. Biarlah aku pulak yang jadi hip0krit nampak happy padahal macam – macam aku dah redah.
Seterusnya, sebab aku nak pandangan orang – orang yang dah makan garam lebih dari aku. Jantan keparat ni ada cable merata – rata. Aku taktau macam mana nak pisahkan dia dari mak aku. Dia tu parasit. Tapi mak aku suka.
Aku cuma boleh berharap mak aku sedar je suatu hari nanti. Kitorang adik beradik malas nak ambik kisah sebab pikirkan kebahagiaan mak je. Maaf ye, kalau confession ni agak panjang. Tolonglah bagi komen nasihat yang membina. – Bella (Bukan nama sebenar)
Sambungan.. Hi semua. I am the confessor. Baru baca komen semua tak perasan confession dah keluar.
1) Ramai yang sebut pasal kami adik beradik memang salah sebab awal – awal bagi kahwin hanya sebab dia tu ‘kaya’. Jujurnya, yes, saya mengaku tu. Tapi sebab benda tu terjadi pon sebab lepas ayah meninggaI, memang family besar takde nak kisah sangat pasal kitorang hidup ke tak.
Memang hidup sendiri, masuk sekolah ada duit ke tak. Bila pinjam duit dari family sendiri pon dorang perli sebab asyik pinjam duit tapi bayar balik tak seberapa. Yang kitorang pikir cuma nak ubah hidup kitorang. Memang duit tu tak menjamin pon, tapi kalau takde duit pon tak hidup jugak.
2) Mak aku salah dari mula lagi. Ya,ini pun memang aku setuju sangat. Aku tak pernah suka sikap dia ni. Masa ayah s4kit dulu pon aku nak sangat mengadu dekat ayah, biar dia tau sikap bini dia. Tapi aku kesian dekat ayah yang dah bersusah payah untuk family tapi tu yang dia dapat.
Aku hanya mampu senyapkan sebab aku sendiri taktau macam mana nak berdepan mak aku. Waktu tu aku bukannya besar mana. Aku ingat dengan cara dia kahwin akan hentikan kegiatan dia yang layan lelaki entah mana – mana. Bila dah dapat jantan tu, takde dah lah dia melayan orang lain. Dia dah dapat apa yang dia nak.
Kesimpulannya, aku memang boo layan je dorang sekarang ni. Aku dengan mak dah okay balik dan dia sendiri jarang sebut pasal jantan tu dekat aku sebab tau aku tak akan respond. Ramai jugak yang kata biarkan je sebab mak pon nak bahagia
OK lah aku biarkan je lah dorang dengan hidup dorang tu. Impian aku sekarang hanya untuk kumpul duit untuk adik – adik aku sekolah. Semua duit yang aku ada sebahagian besarnya untuk family sendiri. Kitorang takde sesiapa sudi membantu.
Sekurang – kurangnya biarlah adik – adik aku rasa dorang boleh berg4ntung pada aku. Apa – apa pun, untuk semua komen tak kisah la yang membina ataupun kecaman, aku ucapakan terima kasih dan aku hargai sangat. Aku terima komen – komen jahat tu sebab aku faham je kenapa korang cakap macam tu. Dah per4ngai family sendiri tak semenggah kan. Thank you again.
Komen W4rganet :
Aina Sofea : Mak dan bapak tiri awak dah daftar perkahwinan kat malaysja tak sebab nikah kat siam kan. Boleh report tu. Saya harap awak jaga diri dan kalau ada adik perempuan lain pun mintak dorang jangan sembunyi apa – apa.
Bukan aku nak fikir buruk, tapi hisap g4nja kot. Lagi 1 takut nanti harta yang sepatutnya jadi milik awak adik beradik kena gadai dengan dia. Dan dia tak layak untuk berpoIigami sebab tak mampu. Boleh f1ght ya. Good luck.
Nurliyana Mihat : Maaf lah confessor. Bagi saya dalam hal ni mak awak yang salah. Sebabnya ayah awak tengah s4kit, mak awak dah berhubung dengan lelaki lain. Biasanya nak sedarkan orang – orang yang tua ni susah sikit.
Tambah – tambah bila diumpan dengan duit dan mak awak memang perIukan duit tu. Saya harap awak dan adik beradik awak tak putvs asa untuk nasihatkan mak awak.
Awak dan adik beradik kena berusaha sehingga dapat pekerjaan tetap, bawak lah mak awak keluar dari lembah kehidupan yang negatif. Cuba lah usaha.
BACA: Ahli parlimen Hulu Terengganu cadang poligami atasi masalah kadar kesuburan negara