KANTOI | Aktivis dedahkan buat laporan polis berhubung kartel daging sejak 1998

KANTOI | Aktivis dedahkan buat laporan polis berhubung kartel daging sejak 1998

Saya dan NGO saya dulu telah kesan isu sijil Halal Jakim dan sijil halal seumpamanya sejak 1998 lagi.

Sejak saya pulang dari Amerika pada tahun sebelumnya, ada banyak brand yang saya kenal. Brand yang biasa dijual di Walmart dan IGA Supermart di Amerika.

Alangkah terkejutnya saya bila brand yang sama di Amerika hanya sekadar tukar kulit atau ditampal saja pelekat Jakim pada kotak atau plastik luaran.

Yang timbul isu adalah beef pepperoni. Pada waktu itu memang sukar untuk mencari beef pepperoni yang “halal” buatan Amerika. Bukan saja sukar dicari di Malaysia, malah di seantero dunia.

Laporan polis telah dibuat pada tahun 1998, 1999 & 2000. Saya tidak pernah dipanggil untuk siasatan dan tidak pernah kenal akan adanya apa-apa tindakan.

Sepuluh tahun kemudian, perkara yang sama. Kali ini barang-barang dan bahan makanan import dari Thailand pula. Ketika itu saya sudah dipenghujung projek saya di Thailand.

Sewaktu berkhidmat selama 6 tahun di Thailand, saya sering ke Carrefour, Big C, Tesco Lotus untuk mencari barang dan bahan makanan. Jadi, kenal lah banyak produk tempatan Thailand. Malah, pernah terlibat dengan proses penghasilan 16 produk tempatan.

Apabila mula kerap berada di tanahair pada tahun 2008, sekali lagi saya terjumpa produk-produk Thailand yang sudah ada cop halal sedangkan produk yang sama, isi kandungan yang sama di Thailand, tiada cop halal mahupun sijil, “The Central Islamic Committee of Thailand”.

Pernah saya menulis surat kepada banyak pihak akan isu ini pada tahun 2008, 2009 & 2010. Pada tahun tersebut, saya mulai kenal pejuang-pejuang pengguna Islam.

Saya juga pernah berdepan dengan Kedai Baskin Robbins dan 2 lagi jenama terkenal dunia yang beroperasi di #Malaysia. Terpampang didepan setiap cawangannya Sijil Halal Jakim. Salah satu daripadanya siap ada Sijil Jakim beserta bayaran RM36 ribu ditulis dengan jelas.

Saya tanya kenapa mahal sangat kena bayar RM36 ribu? Kenapa pula kena bayar? Pernah saya dijawab, itu adalah komisen Consultant atau membayar “paper pusher”. Tapi, ianya dicetak atas sijil. Maaf saya daif dalam proses mendapatkan Sijil Halal pada ketika itu.

Namun, terbenak didalam hati, Sekiranya Jakim menerima bayaran untuk mendapatkan Sijil Halal, bukankah ia menjadi penambah birokrasi yang hanya akan mengundang “duit kopi”?

Jadi, apa jadi pula pada peniaga-peniaga kaki lima untuk mereka mendapatkan Sijil Halal? Setakat ini, jarang menjadi kelaziman peniaga & penjaja untuk mendapatkan Sijil Halal. “Double standard” atau sememangnya Jakim sendiri terpelesuk dengan sistem kapitalisma dan sekularisma yang sudah lama bertapak di #negaraku?

Duit tak bersalah. Kopi tak bersalah. Yang salah, sistem dan para penghuni sistem. Kita nak redha kan kegilaan semua ini berterusan? Semua kita ni sama-sama bersubahat sebenarnya.

Semoga Allah maafkan kekhilafan kita semua, kebutaan kita semua dan kebisuan kita semua sebelum ini. Kita mulakan yang baik mulai hari ini, insyaAllah.

MOHAMAD RIADZ TAN SRI MOHAMAD HASHIM merupakan aktivis asal Kuala Lumpur dan bekas Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Yayasan Wilayah Persekutuan. Beliau pernah menjadi pengasas dan pemikir dalam sebuah organisasi penggerakan perubahan di Indonesia dan sukarelawan di Palestin

Sumber : https://www.thefrontmedia.com/sindiket-daging-kartel-laporan-polis-telah-dibuat-pada-tahun-1998-1999-2000-saya-tidak-pernah-dipanggil-untuk-siasatan-aktivis/?fbclid=IwAR0zI9K1A3dhaX-J0HKn-OWK-QxJxMp3DeaD-phhiFfxe9HyBPddmdGIsZw