Kantoi !!! Netizen kecam Mufti Perlis buka aib mangsa poligami dalam rancangan live

Kantoi !!! Netizen kecam Mufti Perlis buka aib mangsa poligami dalam rancangan live

Dalam Islam mempertahan maruah adalah perkara yang paling utama. Ada sebab kenapa mangsa biasanya di samarkan dan di gunakan secara anonymous untuk menyembunyikan identiti dari kecaman masyarakat.

Kalaupun puan Mona ada tersilap penggunaan perkataan, tidaklah perlu orang yang ada PHD hendak emosi; kan masih lagi berbincang dalam lingkup ilmiah. Lagipun apa hak mutfi hendak membangkitkan isu peribadi di khalayak ramai; padahal stigma masyarakat pada ibu tunggal yang di ceraikan masih lagi buruk?

Mutfi jenis apa yang tidak tahu berdakwah dengan hikmah? Jenis yang tak boleh berbeda pendapat, lepas itu main ad-hominem falasi ( pembunuhan karekter) , siap main Tu-quoque falasi quote yang Pn Mona pun boleh di anggap scammer sebab kata mangsa itu kenalan dia oppose cerita sebenar pasal kakak dia.

Saya nak tanya mutfi , kalau ada perkara yang memalukan jadi pada keluarga terdekat mutfi ( nazubillah) tapi perkara itu ada kepentingan umum; agaknya Tuan Mufti nak pakai pseudonym atau nak buka aib keluarga sendiri?

Kata kunci dia hikmah, wahai tuan mufti.

Sedangkan Allah berfirman pada Musa supaya berkata pada Firaun dengan kata yang lemah lembut.

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut” (QS Taha: 43-44).

Wahai mutfi, ingatlah hari yang mana segala aib akan di buka oleh Allah SWT, hari yang mana tiada beza mufti dan orang biasa.

Saya ulang siar apa yang Tuan Mutfi Drmaza tulis sendiri di facebook, tentang menutup aib; harap apa yang di tulis itu sendiri di praktikkan.

“Sesiapa yang menutup (keburukan) seorang muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat” (Riwayat Muslim).

Lupa nak cakap, benda ini sebenarnya boleh di cegah kalau kita tubuh mahkamah hadhanah yang di tubuhkan oleh mantan Menteri Agama Dr Mujahid sebelum di rampas oleh kerajaan al-Ghadr sertuan Mutfi. Itu sebenarnya portfolio tugas menteri agama, bukan berjalan ke sana ke sini bagi Musa’adah ( Musa’adah boleh bagi pada pegawai jakim atau jabatan agama)

Bertakwa lah pada Allah, Kalau pun tak malu pada ilmu kesarjanaan tu, malulah pada pangkat mutfi yang Allah pinjamkan. Jangan di sebabkan jawatan itu menjadi kesombongan yang kelak jadi penyesalan sampai tak boleh di tegur.

PS: yang ironisnya Mutfi ulang 20 kali kat Pn Mona jangan emosi sampai dalam masa yang sama dia pula terlebih emosi dan tuduh Pn Mona menipu ( despite Pn Mona dah explain dia tak boleh cerita sebab aib dan libiliti saman sivil)

FB