Seorang chef selebriti yang pernah muncul dalam program masakan Top Chef dan Iron Chef telah ditangkap
oleh pihak berkuasa tempatan kerana didakwa menipu dan mengambil barang kemas milik seorang peminat.
Menurut kenyataan pihak berkuasa, wanita yang dikenali sebagai Chef Aoi, 54, telah terlibat dalam penipuan
Berkaitan urus niaga penjualan emas dan berlian bernilai RM2.5 juta setelah mangsa, yang identitinya dirahsiakan, membuat laporan polis.
Fakta kes menyebut bahawa mangsa pada awalnya bercadang untuk membuka restoran rangkaian milik Chef Aoi yang terkenal dengan hidangan mi, lapor Bangkok Post.
Setelah berkenalan, mereka menjadi lebih akrab dan mangsa, yang dikenali sebagai Yuwadee Chaisiripanich, memberitahu
Chef Aoi bahawa dia memiliki emas dan berlian bernilai sekitar RM2.5 juta dan ingin menggunakan atau meleburkan barang kemas tersebut untuk membantu mengembangkan perniagaan rangkaian restoran mi Chef Aoi.
Chef Aoi kemudiannya menawarkan untuk membantu menjual barang kemas tersebut, dan mangsa percaya kerana melihat chef itu pernah muncul di dua program masakan dan terkenal di Thailand.
Namun, beberapa bulan kemudian, mangsa mendapati Chef Aoi menggunakan pulangan daripada jualan barang kemasnya untuk mengembangkan perniagaannya sendiri.
Pihak berkuasa juga mendedahkan bahawa Chef Aoi telah mengaku terhadap perbuatannya.
Dalam pengakuannya kepada pihak berkuasa, wanita itu mendakwa telah menjual barang kemas tersebut kepada seorang penerbit TV tetapi belum menerima sebarang bayaran.
Dia juga telah memberikan sekitar RM65,000 kepada mangsa dengan duitnya sendiri. Namun, dia menegaskan bahawa dia tidak menipu mangsa dan sebaliknya menghadapi masalah kewangan serta berusaha keras untuk membayar semua duit mangsa.
BACA: Akhirnya terjawab siapa pemilik sebenar Pak Mat Western buat ramai nak tahu