Kapal berharga RM143 juta untuk di letgo, ini kapal layar Asean Lady milik orang paling kaya Malaysia

Oleh ISMAIL YAHYA

Kapal berharga RM143 juta untuk di letgo, ini kapal layar Asean Lady milik orang kaya Malaysia.

Kapal layar besar yang bernama, Asean Lady dengan harga €30,500,000 atau RM143 juta.

Kapal layar sepanjang 289 kaki (88 meter) itu menampilkan reka bentuk luar biasa yang menyerupai proa

Kapal berharga RM143 juta untuk di letgo, ini kapal layar Asean Lady milik orang paling kaya Malaysia

– sejenis kanu buluh yang telah digunakan oleh orang asli di Pasifik Selatan.

Menurut Daily Mail, Asean Lady pernah diuji dengan tsunami pada Disember 2004 sewaktu ia berlabuh di Phuket, Thailand. Kata Raffles Yacht Group, reka bentuknya yang kukuh telah menyebabkan ia selamat dari tsunami dan dinobatkan sebagai Most Innovative Motor Yacht oleh Showboats International pada 2005.

Pemilik Cardiff City FC dan pengasas Berjaya Corporation Berhad, Vincent Tan.

Menurut penjual, yang berpangkalan di Singapura, reka bentuk tersendiri ini telah memberikan kapal layar ini lebih ruang, kemampuan untuk mempunyai tingkap yang lebih besar, kestabilan pada sauh dan kestabilan semasa pelayaran. Ia juga mempunyai lapan bilik dengan kemampuan untuk memuatkan sehingga 18 tetamu.

Bilik terbesar yang terdapat di kabin utama, berkeluasan 1,722 kaki persegi (160 meter persegi) dan mempunyai balkoni peribadi dan pejabat. Bilik mandinya pula dilengkapi dengan singki berkembar, tab mandi dan pancuran mandian yang berasingan.

Selain itu, kapal ini mempunyai ruang istirehat, bar, bilik karaoke dan ruang makan serba elegan. Kapal layar ini juga mempunyai helipad dan ruang untuk menyimpan koleksi jet ski.

Dari segi teknikal, Asean Lady mempunyai kemampuan untuk mencapai kelajuan sehingga 15 knot dengan enjin 2,000hp dan menampilkan pacuan hadapan dan belakang supaya ia boleh ‘berjalan mengiring’ ke pelabuhan.

Raffles Yacht Group berkata, Asean Lady amat sesuai untuk hiburan dalam suasana tropika dengan kawasan dalaman yang besar, memberi peluang kepada semua tetamu di atas kapal untuk ruang dan privasi dalam suasana yang indah.

Baca juga:“Keluarga suami rampas semua anak-anak aku dan tak bagi aku berjumpa mereka, mereka buat anak-anak benci dengan aku”