Kapal persiaran terbesar di dunia terpaksa dijual, pemilik dah muflis

Kapal persiaran terbesar di dunia terpaksa dijual pemilik dah muflis

Kapal persiaran terbesar di dunia terpaksa dijual, pemilik dah muflis. Kapal persiaran terbesar di dunia yang boleh membawa 9,000 penumpang dan menelan perbelanjaan 1.2 bilion pound (RM6.2 bilion) terpaksa dijual akibat syarikat yang mengendalikannya diisyitharkan bankrap.

Kapal Global Dream II dibina oleh syarikat pembinaan kapal Jerman-Hong Kong MV Werften dan hampir siap dibina semasa syarikat itu muflis awal tahun ini.

Sejak itu, tiada pembeli yang berminat dan kapal yang mempunyai 20 dek besar itu kini sedia dijual.

Kapal berukuran 342 meter itu mempunyai pawagam dan taman air di bahagian luar sekali gus menjadikan kapal yang mempunyai kapasiti penumpang terbesar di dunia.

Dari segi saiz, kapal terbesar di dunia adalah Oasis-class Wonder of the Seas yang dimiliki dan dikendalikan oleh Royal Caribbean International yang boleh memuatkan 6,988 penumpang.

Kapal persiaran terbesar di dunia terpaksa dijual pemilik dah muflis

Pembinaan kapal Global Dream II menelan belanja yang sangat besar kerana masih kekurangan dana sebanyak 200 juta pound (RM1.03 bilion) lagi.

Kapal Global Dream dan Global Dream II kini disimpan di limbungan kapal Jerman di Wismar.

Walaupun kapal itu kukuh dari segi strukturnya, peralatan dan kemudahan penumpang perlu disiapkan sepenuhnya.

Dilaporkan, syarikat Stena berpotensi untuk membelinya bagi pasaran pelayaran China.

Syarikat Genting yang dimiliki taikun Malaysia, Tan Sri Lim Kok Thay pernah membeli syarikat MV Werften pada 2016.

MV Werften kini mempunyai kira-kira 2,000 pekerja di negeri utara Jerman, Mecklenburg-Vorpommern.

Pandemik Covid-19 yang melanda dunia menjejaskan industri pelancongan global termasuk pengendali kapal persiaran.

BACA:

Status Najib sebagai MP Pekan kekal, kata Speaker

Mizz Nina ‘terlepas’ luah perasaan soal curang, padam semula selepas itu

Asnaf penerima zakat ‘kantoi’ rupanya tinggal di kondo mewah

CATEGORIES