Kapasiti penjara terlebih 13000 banduan dedah Timbalan Perdana Menteri

Oleh ISMAIL YAHYA

Sekitar 87,000 banduan kini ditempatkan di penjara di seluruh negara, melebihi kapasiti maksimum 74,000 tahanan, lapor Astro Awani.

Untuk mengatasi masalah ini, beliau menyatakan bahawa usaha rentas agensi dan kementerian perlu dilaksanakan.

“Insya-Allah, kita akan membantu Jabatan Penjara Malaysia menyelesaikan masalah berlebihan ini

Dengan beberapa pendekatan proaktif setelah dibentangkan dalam mesyuarat (Majlis Sosial Negara) sebentar tadi,” jelasnya.

Tegasnya, kerajaan memandang serius permasalahan sosial yang berlaku dalam negara.

Kapasiti penjara terlebih 13000 banduan dedah Timbalan Perdana Menteri

“Saya baru selesai mempengerusi mesyuarat Majlis Sosial Negara, dan kami sentiasa mencari penyelesaian serta membuat keputusan dasar mengenai hala tuju pembangunan sosial negara sambil menilai strategi yang sedang dilaksanakan.

“Isu yang kami bincangkan tidak terhenti kepada permasalahan sosial yang saya sebutkan dalam ucapan ini, tetapi juga melangkaui masalah lain seperti pengurusan banduan rentan.

“Ini termasuk jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam talian, dasar perbankan untuk orang kurang upaya (OKU), pengurusan pelarian dalam negara, dan keciciran murid sekolah menengah yang semakin merisaukan,” katanya.

BACA: Kata percuma kirim doa di Mekah tapi letak QR code untuk bayar? Ustaz teruk dikecam netizen