Kartel daging : Serbu gudang lain, dakwa di mahkamah pemilik gudang lain?

Kartel daging : Serbu gudang lain, dakwa di mahkamah pemilik gudang lain?

Yang kena serbu hari tu 2/12/2020 tempatnya di Taman Perindustrian Desa Idaman Senai. Siap ada yang dah scrut alamat dan nama pemilik.

Timbalan menteri umum semalam pada 29/12/2020 syarikat yang mempunyai kaitan dengan syarikat yang disyaki memalsukan logo halal dalam kes kartel daging, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada harini 30/12/2020.

Cuma bila semak yang kena dakwa harini 30/12/2020 pula kilang/gudangnya di Taman Perniagaan Setia dan di Taman Perling, bukan di Taman Perindustrian Senai.

Kena dakwa pun sebab logo Halal JAKIM tanpa kebenaran pada lori bukan sebab kesalahan ‘repacked’ daging tidak halal guna pakej palsu atau memalsukan logo halal dalam kes kartel daging.

Takpalah kita bersangka baik bahawa ini mungkin hanyalah baru pertuduhan pertama daripada pertuduhan-pertuduhan yang lain yang akan dituduh seperti ‘repacked’ daging tidak halal dan guna pakej palsu atau memalsukan logo halal dalam kes kartel daging seperti yang didedahkan pada 2/12/2020 tempohari.

Cuma itulah..bila semak semula dalam list kenyataan media JAKIM terima kasih kepada KPDNHEP semalam.. macam tak ada sebut pula pasal syarikat yang nak didakwa ni ada buat kesalahan repacked daging guna packaging palsu tu macam kartel yang didedahkan pada 2/12/2020 tempohari.

Hmm camnilah..

Alang² masih ada baki kurang 6 jam sebelum 30/12/2020 berakhir..apa kata Timbalan Menteri umumkan je terus siapa dalang sebenar kartel daging di Senai ni, tanpa perlu kita tempuhi scene suspense macam dalam drama ni..

Yelah nak tunggu mahkamah, rasanya dah tutup.

Sumber :