Kata ada 1 2 je, ini apa? Rohingya kantoi selamba guna minyak paket subsidi buat berniaga

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Seperti sedia maklum, kerajaan telah memberitahu pembelian minyak paket hanya boleh dibeli untuk kegunaan isi rumah dan tidak boleh digunakan bagi tujuan komersial.

Baru-baru ini, tular video di aplikasi TikTok milik KPDN Melaka, @kpdnmelaka, menyerbu sebuah premis makanan.

Menerusi video tersebut, awalnya pihak berkuasa hanya bertanya mengenai minyak masak paket yang dijumpai di premis tersebut.

Namun, hasil siasatan mendapati pekerja warganegara Rohingnya itu telah menyembunyikan beberapa paket minyak masak.

You kata ada 1,2 je. Temberang kau ni kak.

Kata ada 1 2 je, ini apa? Rohingya kantoi selamba guna minyak paket subsidi buat berniaga

Pekerja terbabit menafikan penggunaan minyak masak berkenaan. Dia juga cuba menukar topik apabila ditanyakan mengenai pemilik premis tersebut.

@kpdnmelaka Banyak kali pesan, minyak paket ni untuk isi rumah saja. KPDN tak teragak-agak untuk ambil tindakan tegas. Lagi satu, kebersihan ni penting untuk sediakan makanan. Jangan ambil enteng. Nanti jadi banyak hal. Terima kasih YB Ngwe Hee Sem. Kita teruskan kerjasama lagi🤝 @Armizan Mohd Ali @fuziahsallehofficial @Ab Rauf Yusoh @hsemwee @kerajaannegerimelaka ♬ original sound – KPDN Melaka


Selain itu, kedai tersebut didapati tidak menjaga kebersihan dengan baik apabila dijumpai bahan makanan diletakkan di tempat yang tidak bersesuaian.

Operasi itu disertai oleh Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan, datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah KPDN Melaka, Norena Jaafar.

BACA: Anak Abuya kata GISBH tak ikut amalan sesat Al-Arqam sekali lain pula jadi bila individu ini dedah perkara sebenar