Kata percuma kirim doa di Mekah tapi letak QR code untuk bayar? Ustaz teruk dikecam netizen

Oleh ZULAIKHA ABBAS

Tidak dapat dinafikan, dalam era media sosial ini, sesiapa sahaja boleh mencipta pelbagai jenis kandungan

Dan ada juga yang menggunakan platform media sosial sebagai cara untuk menjana pendapatan.

Namun, terdapat individu yang menyalahgunakan platform tersebut dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Baru-baru ini, tular di X apabila seorang individu yang menggelarkan dirinya ‘ustaz’ didakwa membuat sesi live di TikTok

ketika berada di hadapan Kaabah dan menawarkan untuk membacakan doa secara percuma kepada sesiapa yang mengirimkan doa.

Kata percuma kirim doa di Mekah tapi letak QR code untuk bayar? Ustaz teruk dikecam netizen

Apa yang lebih pelik adalah individu tersebut meminta orang ramai yang ingin doanya dibacakan di hadapan Kaabah untuk menekan pautan yang tertera di TikTok miliknya.

Setelah pautan tersebut ditekan, orang ramai boleh mengisi butiran serta doa yang ingin dibacakan di tanah suci, tetapi butiran tersebut hanya dapat dihantar setelah mengisi jumlah bayaran melalui kod QR yang disediakan.

Sebelum ini, terdapat satu servis serupa yang dikenali sebagai Valet Doa yang pernah tular tetapi telah diharamkan.

BACA: Bidang tak ramai Melayu ceburi, lelaki ini raih pendapatan lumayan daripada minyak masak terpakai