“Katanya pergi solat”, pekerja gerai kerja tak sampai 2 jam terus berhenti tanpa notis

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Seorang individu yang dikenali sebagai Bos Khai berkongsi kisah mengenai seorang pekerja di sebuah gerai yang hilang secara tiba-tiba.

Menurut Bos Khai, pekerja itu memberikan alasan untuk menunaikan solat Zohor, tetapi terus lesap tanpa sebarang khabar berita.

Dalam hantaran di Facebook, dia memberi pesanan kepada pekerja tersebut

supaya tidak memohon kerja sebagai pembantu gerai jika tidak mempunyai hati yang kental.

“Tak tahulah nak gelak ke nak nangis sekarang ni. Masuk kerja pukul 12, pukul 1.45 petang terus ghaib.

"Katanya pergi solat", pekerja gerai kerja tak sampai 2 jam terus berhenti tanpa notis

Katanya nak solat Zohor, rupanya bye terus.

“Kepada awak yang berkenaan, kalau rasa hati tak kental, jangan mohon kerja jaga gerai,” tulisnya.

Pemilik gerai itu meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa menguruskan semua tempahan pelanggan seorang diri.

“Memang tak semua orang sanggup duduk bawah khemah dengan cuaca panas. Kadang hujan lebat sekali angin,” tambahnya.

Menurut Bos Khai, tindakan tidak bertanggungjawab pekerja itu menyusahkan rakan sekerja yang terpaksa berhempas pulas menyiapkan pesanan pelanggan.

“Kami tak marah kalau tak nak kerja, tetapi beritahu. Jangan tinggalkan gerai begitu sahaja. Terkial-kial orang yang kena tinggal seorang diri siapkan tempahan pelanggan.

“Aduhai makhluk bertuah. Tolong jangan amalkan perangai tak serius nak bekerja tu. Awak menyusahkan banyak pihak,” pesannya lagi.

Dalam hantaran yang sama, Bos Khai turut memuat naik gambar gerai makanan yang menjual roti john.

Di ruangan komen, beberapa netizen menyelar tindakan pekerja tersebut yang disifatkan kurang matang dan tidak bertanggungjawab.

Netizen turut menyatakan bahawa ramai anak muda hari ini terlalu manja dan tidak sanggup bersusah-payah mencari rezeki seperti generasi terdahulu.

“Budak sekarang biasalah. Panas, comot sikit tak nak. Nak ada aircond. Saya 25 tahun kerja di kilang besi, tiada kipas, tiada aircond.

“Betul, sebab itu sekarang kita perlu tapis habis-habis ketika memilih pekerja. Bukan apa, nanti kemudian hari menyusahkan orang seperti ini.

“Budak-budak zaman TikTok kebanyakannya lembik dan manja. Itu fakta.

“Budak sekarang pemalas. Duduk di kelas belakang, ada hati nak gaji perdana menteri,” tulis netizen.

BACA: 30 minit bergelut dengan buaya, lelaki ajar cara selamatkan diri dengan hanya buat benda ini