Seorang wanita ketakutan selepas dipercayai dikejar oleh seorang penunggang motosikal hingga ke tempat letak kereta, didakwa berkait ketidakpuasan hati ketika menggunakan jalan raya.
Menerusi video yang tular di media sosial, kejadian itu berlaku di sebuah tempat letak kereta di mana wanita tersebut berada di dalam kenderaannya ketika didatangi penunggang berkenaan.
Lelaki tersebut berhenti di sebelah kereta wanita itu dengan wajah yang marah, dan cuba meludah ke arah cermin tingkap kenderaan mangsa.
Bagaimanapun, ludahnya tidak mengenai sasaran dan lelaki itu kemudian menepis cermin tingkap kereta wanita itu sebelum berlalu pergi.
Pada kapsyen video tersebut, mangsa mendakwa penunggang motosikal itu memotong dengan cara yang tidak betul.
Kalau macam ini punya gangster, kita nak report polis pun tak sampai hati 😔 pic.twitter.com/yj1Qn6l3wR
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) July 12, 2024
“Dia yang memotong tak betul, tak puas hati kejar kat parking. Memang jalan raya untuk motosikal je ke? Laluan kecemasan bukan motosikal punya,” dakwanya.
Orang ramai meninggalkan pelbagai komen, terhibur dengan tindakan lelaki itu yang cuba meludah tetapi tidak mengenai sasaran.
“Ludah pun kena lengan sendiri,” kata seorang pengguna X.
“Dia ‘blah’ cepat sebab malu ludah kat diri sendiri,” ujar individu lain.