“Kau tengok adik-beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga je”

Oleh GEMILANGDAILY

“Kau tengok adik-beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga je”Saya ada 4 orang anak.

Semua berjaya kecuali sorang. Ada doktor, enginer dan lawyer. Tapi anak yang ke 3 tak menyerlah langsung.

Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan.

"Kau tengok adik-beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga je"

Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A. Dapatlah kerja kilang.

Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia. ‘Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok. Kau sorang kerja kilang. Buat malu keluarga aja.’

Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia. Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Tak juga.

Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah.

Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini. Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dahulu.

Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya.

Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan Allah. Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang. Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan.

Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia. Kredit Story : CnP Kisah Benar. Kredit Foto Hiasan : Harian Metro

Kalau IBU AYAH Sakit, Berebutlah Dengan Adik-Beradik Untuk Menjaganya.
Kesimpulannya:

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a:
Bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud;

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah.

Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua-dua ibu bapanya atau seorang daripada mereka sudah tua, namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”

Ramai antara anak-anak hari ini berasa ralat dan terkilan setelah kehilangan ibu dan ayahnya dalam usia yang begitu singkat dipinjamkan kedua orang tua itu kepada mereka. Ramai yang rindu untuk menatap wajah ayah ibu dan menyentuh juga memeluk mereka.

“Semua anak berjaya, kau sorang je kerja kilang”, kisah pemuda ini buka mata masyarakat nama anak lelaki nama anak perempuan anak sungai derhaka anak nora ariffin cara membuat anak zikir tidurkan anak anak azhar sulaiman

Ada juga orang tuanya pergi dengan begitu mudah sehingga tidak sempat untuk anak-anak menabur budi sebagai tanda balasan pengorbanan. Maka, bagi kalian yang masih dipinjam ibu dan ayah, jangan dilepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah ia sebaik mungkin, apatah lagi jika mereka sedang diuji dengan kesakitan atau keuzuran.

Inilah masa paling berharga untuk membalas budi (walaupun tak mungkin terbalas), masanya untuk melipat gandakan pahala dan meluangkan masa mencipta kenangan pada masa-masa terakhir ini.

Komen wargnet terkesan dari cerita dia atas:
Kusairi – Kesimpulan nya tak perlu keluar belanja besar utk hantar anak belajar tinggi. Nanti kalau belajar tinggi jawatan pun tinggi gaji pun tinggi gaya hidup pun tinggi sebok sana sini emak ayah yg rugi..

Tapi kalau anak berpelajaran tahap biasa
kerja biasa gaji biasa tak sebuk

emak bapa akan untung sebab anak sendiri bolih jaga. Olih itu emak bapak yg tayang slip keputusan cemerlang anak tu kena beringat adakah mereka akan jaga bila dah tua.. Amacam ok tak..

Muhd – Kadang yg mngaji tak pndai ni bnyk jaa yg tk guna ,jaga mak ayh yg uzur pun tak nak,kbnykkn yg hbat pelajaran jaa,orang yg reka ayt ni comfirm jnis skolah mlas ,nk sdapkan hati semata2,tak psal2 ank muda guna ayt alasan ni klau gagal dalam plajaran

Suraya – Kadang2 tgk situasi fmly yg suka pilih kasih,,banggakn ank2 yg berjaya dan berharta…sedih rasa yg ada duit di tatang bagai minyak yg penuh,,,yg Kais pg mkn pagi x pandang langsung….sebagai ibu/bapak x patut pilih kasih mcm ni semua tu ank2 sndri…yg x pandai yg bodoh,,,dan x berharta ni laa selalu ada time orng tu memerlukn

Airee – Ermm klu belajar xtinggi, kerja tak hebat tapi “manusia” ok la tp kalau belajar xtinggi, kerja tak hebat tapi gian dadah, kaki betina, tahi judi, pemabuk.. ermm better yg belajar tgi & kerja hebat la.. at least klu dia xmampu jaga, dia blh gaji kn org.

Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.

BACA:

“Aku tengah syok ngintai bini orang mandi sekali tengah ralit usha ini pula yang terjadi”

“Saya dah kahwin, masa bertunang dengan suami aku mengandung anak ex BF sekali ini suami aku balas”