“Kawan aku tak boleh ada dekat dengan suami, tiap hari suami kena maki, patutlah suami dia senyap je, rupanya ini yang dia pernah buat”
Aku rasa terpanggil untuk menulis selepas terbaca kajian sebuah universiti yang menunjukkan semakin ramai isteri di Malaysia yang mendeera suaminya.
Aku sendiri ada pengalaman melihat seorang rakan yang asalnya sangat lemah-lembut dan sentiasa tersenyum manis tetapi selepas 15 tahun berkahwin,aku mendengar sendiri dia memaaki suaminya di dlm kereta.
Pernah juga dia membaling nasi yang dibeli ke muka suaminya. Mengapa jadi begitu?? Rakan aku lulusan sekolah agama. Dia orang terpelajar. Menutup aurat sepenuhnya. Antara pelajar trbaik di sekolah kami. Tetapi dia berubah 100% dari segi sikap dan tingkah laku terutama terhadap suaminya.
Pada mulanya aku nasihatkan dia agar jgn menjadi isteri derhaka, dia memandang aku dgn sinis dan berkata “ko ambik laki aku.. ko jaga 4 bulan. 4 bulan je.. silap aribulan, mulut ko lebih jahat dari mulut aku.”
Aku terkejut mendengar kata-katanya. Aku mengambil masa berbulan-bulan mencari peluang utk slow talk dgn kawan aku tu.. apa yg menyebabkan dia berubah. Rakan seasrama yang paling lembut orangnya menjadi sgt zaalim dengan suami sendiri.
Akhir suatu hari aku berpeluang bertemu dia di hujung minggu. Hanya kami berdua. Itu yg aku pinta kpd suami aku.. satu hujung minggu bersama kawan baik aku tu tanpa anak dan suami spt kebiasaannya.
Aku sayang kwn aku.. aku tidak mahu dia menjadi isteri derhaka. Aku mahu dia masuk syurga bersama keluarganya.
Biarlah aku namakan kawan aku Mira. Khatam al Quran dan pandai mengaji. Orangnya mmg cantik. Ramai yg ingat dia masih anak dara. Mungkin kerana sikapnya yg sentiasa sopan dan menghormaati org lain menyebabkan kecantikannya lebih terserlah.
Makcik cleaner kat asrama pun sayang kat dia. Bukan aku memuji berlebihan, tapi itulah Mira yang aku kenal kerana dduk sama2 di asrama sekolah agama dari ting 1 hingga tingkatan 6.
Kemudian kami masuk universiti yg sama. Universiti mana tu, tak payahlah aku highlight.. korang dh boleh agak kan..
Aku pujuk Mira cerita apa masalahnya. Pd mulanya Mira bercerita dgn perasaan marah sblm akhirnya dia menangis semahu2nya di bahu aku. Wajahnya menggambarkan kekecewaan yg amaat sgt.
Kata Mira.. dia benci apabila semua org memuji suaminya “baik”. Mira kata suaminya suka melayari vide0 lcah. Suaminya suka melihat perempuan seeksi2 tapi memaksa dia menutup aurat sepenuhnya dan tidak benarkn dia berckp dgn lelaki lain walaupun saudara -mara atau rakan sekerja. Kawan2 perempuan pun dilarang dari berjumpa. Itulah yg berlaku bertahun-tahun.
Suaminya peramah dgn semua org tetapi di dlm rumah, suaminya jarang bercakap dgn Mira dan anak2. Kata Mira lagi “Suami aku bawa bala dlm rumahtangga aku, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dalam rumah aku, vide0 luucah sgt byk.” Setiap kali mereka bergduh.
Suaminya akn membalas dgn melayani perempuan lain chatting sehingga lewat pagi. Sengaja.. seolah-olah ingin “padan muka” kwn aku tu. Ramai perempuan berb0gel dlm hp suaminya dan kdg2 ank-anknya terlihat foto luucah itu ketika ank-ank Mira main game menggunakan hp bapanya yg sdg tidur.
Oh yaa.. suami Mira kaki tidur.. di rumah dia akan tidur sepanjang siang tetapi suka berjaga malam melayari internet atau keluar dgn kwn2.
Katanya lagi suaminya bukan kuat seeks.. main pun setakat 2, 3 minit, mungkin Allah sudah tarik nikmat bersama isteri kerana terlalu asyik menonton vide0 dan gambar luucah bertahun2.
Itu belum lagi group whatsapp yg dihuni rakan lelaki sefelda suami. “Meluucah 24 jam, bahkan ada kalanya rakan suami Mira upload vide0 mereka melakukan seeks dgn isteri masing2” katanya.
Ini menyebabkan Mira sgt trauma. Dia sentiasa bimbang suaminya akn melakukan perkara sama kerana suaminya suka rakam ketika mereka melakukan hub suami isteri, selalunya tanpa pengetahuan Mira.
Ini kerana Mira akan delete jika tau ada rakaman ketika mereka melakukan hub. suami isteri. Suami apakah yg sentiasa membuat isteri sendiri rasa tidak selamat dlm rumahtangga selama 15 tahun ??
Akibat sering tidur lewat. Suaminya tidak solat subuh. Selama perkahwinan mereka, Mira la yg menguruskan persekolahan ank2 setiap pagi. Sehingga suatu hari suaminya diberhentikan kerja kerana kerap lewat dan ponteng.
Ingatkan suami Mira insaf. Rupa-rupanya semakin teruk. Bercinta sakan melalui whatsapp pula dgn seorg student bernama Ida dari Trengganu hingga tahap berani naik tgn ke badan Mira. Mira pernah dilempang dan ditolak sehingga jatuh.
Dari situlah mulanya Mira melawan suaminya. Mira benci sebenci pd suami slps Ida menghubungi Mira mengaku mereka bercinta dan minta izin utk kawen dan berkongsi kasih. Mira kecewa.
Dlm keadaan hanya dduk goyang kaki di rumah, suaminya sempat bercinta melalui whatsapp hari2. Sedikitpun tidak hargai susah payah Mira bekerja mencukupkan belanja rumah.. memasak sblm pergi bekerja pagi2 dan mengemas rumah slps balik kerja.
Mira minta tinggal berasingan selama 4 bln atau jika suaminya ingin juga berkahwin dgn Ida maka Mira mahu dicraikan. Tetapi suaminya tidak mahu lepaskannya sbb Mira yg menanggung semua perbelanjaan selama ini. Suaminya tidak mahu mencraikannya sedang Mira sudah benar2 merana.
Tambah masalah apabila seluruh ahli keluarga suami menghina Mira dan keluarga Mira sendiri memarahinya apabila Mira bercerita masalahnya kpd ahli keluarga dgn harapan menggunung, mereka akan membantunya.
Mira dimarahi dan dihina kerana tidak boleh bersabar dgn suami yg dianggap baik di depan mata mereka. 15 tahun bersabar, bukanlah jangka masa yg pendek. 15 thn Mira TIDAK PERNAH mmbuka mulut ttg keburukan suaminya. 15 thn dia simpan seorg diri.
Kini Mira tidak boleh lagi berada dekat dgn suaminya.. perkataan BOD0H, B4BI, BANGSAT, CELAKA dihamburkan kpd suaminya setiap hari.
Aku sendiri pernah dengar semasa aku tumpang kereta mereka. Masa tu aku berkursus di tempat Mira dan minta tolong Mira hntar aku ke airport slps aku habis kursus.
Suaminya hanya mendiamkan diri setiap kali Mira meng4muk sbb tahu dia tersilap meluukai hati isterinya bertahun2 sehingga menjadi luuka yg sgt dlm.. yg pd pandangan aku tidak mungkin akan sembuh kembali. Kawan aku sudah berubah.
Dia ptah hati sehinggakan terkeluar dari mulutnya “andai suami aku sujud di kaki aku sekalipun, aku takkan maafkan dia. Aku haramkan semua duit gaji aku menanggung suami selama ini.
Aku tuntut nafkah aku yg tidak pernah diberi dari mula kawen, jika tidak dpt dari suami aku.. aku tuntut dari bapa mertua aku walaupun di akhirat nanti.”
Buat Mira.. andai kau terbaca coretan aku ini. Aku hanya mahu kau tahu. Aku sentiasa ada utk kau. Allah sentiasa ada bersama kau. Aku tidak mahu memaksa kau kembali seperti dahulu.. aku mahu kau bertenang.
Apa shj keputusan kau, aku yakin keluarga kau akan tetap bersama kau walaupun kau akan mencipta sejarah sbg org pertama yg bercrai dlm family kau.
Buat suami Mira.. kau sdg kehiilangan seorg isteri yg penyayang kpd anak2 kau. Kau telah hiilang seorg isteri yg taat kpd kau. Aku pinta jika kau baca coretan ini, ikutlah permintaan Mira. Dia mahu kau keluar hanya dlm tempoh 4 bulan shj.
Tinggal berasingan supaya dia boleh bertenang. Tapi kau tak mahu. Kau tetap berdegil dgn muka selamba b0doh kau duduk di rumah itu seolah-olah tiada apa yg berlaku.
Kau sedang menambah luuka dihatinya dgn berkeras tidak mahu bercrai tetapi tidak mahu juga berasingan buat sementara waktu. Mira tinggi ilmu agamanya tetapi dia juga manusia biasa.
Berilah dia peluang utk bertenang atau aku bimbang dia akan menjadi gila kerana sikap kau. Paling aku takuti, bila dia berkata, suatu hari nanti dia akan bunuuh kau ketika kau sdg tidur.
Buat Ida dari Trengganu. Aku tidak tahu apa yg kau katakan saat kau ingin berkongsi kasih dgn Mira. Tapi ketahuilah, kau kini menjadi penyebab Mira mula bersikap kasar dan biadab. Mira mula menunjukkan sikap isteri derhaka slps kau berjumpa dgnnya.
Andainya rumahtangga mereka runtuh. Walaupun bukan 100% salah kau tapi aku harap kau bersedia utk berkahwin dgn lelaki yg gian benda luucah dan pandai berlakon spt lelaki beriman di hdpn semua org.
Keburukan yg hanya isteri yg tidur sebantal shj yg tahu. Buat keluarga Mira . . slps 15 thn baru kalian dgr cerita suami Mira.. luangkanlah masa. Dekati Mira dan bantulah dia.
Dia sdg merana. Dlm hatinya penuh luuka. Jiwanya kini sgt lemah. Dia perlu seseorg yg tidak terus-menerus menyalahkannya. Dia perlu seseorg yg dpt membantu dia buat keputusan yg tepat.
Buat lelaki2 di luar sana termasuk suami aku.. Tundukkanlah pandangan. Sahabat2 Nabi lebih rela berjalan di blkg singa dari berjln di blkg perempuan.
Andainya kalian sengaja menggunakan perempuan lain utk “padankan muka” isteri dan menyakiti hati isteri atas kesalahan isteri kononnya.
sedarlah anda sedang “menempah neraka utk isteri” yang anda nikahi dgn akad dan sumpah sbg suami yg sepatutnya melindungi isterinya dari keburukan2 di luar.
Ingatlah syaiitan sntiasa berusaha memisahkan suami isteri setiap saat. Jgn sbg suami, kalianlah yg membawa syaitan-syaitan itu masuk ke dlm rumahtangga.
Aku berlindung dgn nama Allah agar aku tidak diduga spt Mira.. semoga Allah membantu Mira. Semoga dia kembali tenang.. aku sayang kau Mira.. aku tak mahu kau jadi isteri derhaka..
Aku juga tidak mahu kau merana. Buatlah keputusan yg tepat. Keputusan yg dpt menenangkan jiwa kau dan mengembalikan senyuman di wajah kau. Aku benar-benar sayangkan kau.
Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet
Amirul Amin, Sampai bapak mertua dia nak tuntut..Dh lah bodoh tahan jugak tknak pergi mahkamah buat laporan untuk tuntut crai… Daripada menjadi isteri derhaka… Baik tuntut crai.
Liza Wati, Harap selesai sbb lebih 15 tahun…itu suami bukan jujur…mlh dah bescandle blkg isteri…mmg patut isteri minta crai…lagi bagus gi mahkamah syariah…bela nasib mu…tak yah nak tunggu.
Cik Nadia, Bercrai jelah dari pda hidup tersksa nk buat apa hidup dgn suami mcm tu buat tambah dosa aja apa apa pun fikirlah yg terbaik utk diri sendiri dan juga anak anak.
Mazni Nah, Bila seorg isteri tpaksa jd bapa kpd anak2 ..dmana nafkah zahir batin…suami diluar sana jgn hina isteri kenapa mengapa xhormati kamu..kau xlayak jd suami dan bapa pd anak anak mu..
suami2 bkata benar lah sikap buruk mu , yg menyebab isteri minta perpisahan…jgn eg0 utk menegak kebenaran..jujur dlm berkata2 dan sedia akui kesilapan sendiri
Huda Faisal, Mmg bahaaya sbnrnye org merana hati & jiwa..emosi mpngaruhi hidup org.sy de kwn prempuan yg sgt pnyayang,kasih pd kwn2..lps kawen hidup die sgt dingin..sedih tgk die. Die nasihatkan sy Lbh byk bkongsi dgn org insyaAllah jd lagi tenang..jgn jd sprti die,dah trlambat sbb pendam shingga menyeksa jiwa.
Timah Ibrahim, Dahsyatnya deraaan emosi ni. 15 tahun bukan masa y singkat….tolong buat sesuatu untuk diri sendiri dan anak2.
Jgan pikirkan apa pandangan sekeliling, dugaan masing2, ujian lain2, dan ALLAH itu sentiasa ada dan sgt dekat dengan kita.
Mohon istiqarah pada ALLAH, luahlah pada ALLAH. Smga ujian ini mengangkat darjat mu, dan ALLAH tidak mensia-siakan hambanya. Smga ALLAH sentiasa melindungi dan merahmati awk dan anak2..
BACA:
Doktor pakar sakit puan terkejut bayi dilahirkan dengan tali pusat terbelit di leher macam ular!