Kebiasaan baharu – Dr Mujahid Yusof

Kebiasaan baharu – Dr Mujahid Yusof

Di era Covid-19, kita telah bertemu dengan istilah kebiasaan yang baru ataupun the new normal. Apapun ia mengambarkan situasi dan keadaan yang kita tidak boleh bayangkan bahawa keadaan biasa kita lalui selepas ini akan menjadi kebiasaan yang baru.

Apa yang dimaksudkan kebiasaan yang baru. Pandemik Covid-19 ini telah mengubah cara bagaimana kita melihat ekonomi, kebergantungan antara satu sama lain, bagaimana kita bersosial serta bagaimana kita menangani krisis.

Tahun ini atau selepas ini, dunia terpaksa memulihkan dari kesan pandemik Covid-19 yang dialami sepanjang tahun 2020 ini. Ia akan mengambil masa sehingga ke suku tahun kedua 2021.

Selepas itu, keadaan yang kita lalui seperti biasa tidak akan berlaku malah kita terpaksa menjalani perkara kebiasaan yang baru. Kebiasaan yang baru itu akan mengambil masa untuk kita sesuaikan termasuk masyarakat, pemimpin-pemimpin politik, pembuat dasar termasuklah sektor perniagaan, bagaimana ia menempuh suasana baru atau kebiasaan yang baru.

Semoga kita bersama-sama hadapinya dengan penuh tabah dan kesabaran.

Dr Mujahid Yusof Rawa
Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH)

Sumber :