‘Kecik lagi dah jadi hero’, aksi “jamesbond” budak buka pintu terkunci dari dalam dipuji

‘Kecik lagi dah jadi hero’, aksi “jamesbond” budak buka pintu terkunci dari dalam dipuji. Ada waktunya, hal-hal yang tidak kita jangkakan terjadi tanpa kita duga. Diuji dengan pintu terkunci tanpa kita sedar memang buat kita ‘down’ seketika. Apa nak buat?

Idea bernas pasangan suami isteri ini yang meminta pertolongan anak kecil mereka yang ‘diseludup’ masuk melalui tingkap memang menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, dengan bantuan si kecil yang dimasukkan melalui tingkap kaca, anak kecil itu kemudiannya berjaya membuka pintu dari dalam. Memang tindakan bijak!

Perkongsian satu video di aplikasi Tik Tok, @kak.yah95 yang dikenali sebagai Kak Yah menarik perhatian ramai.

“Terkunci pintu dalam rumah, tak boleh masuk. Alhamdulillah anak tolong buka kan pintu 😊♥️,” tulisnya di kapsyen.

'Kecik lagi dah jadi hero', aksi "jamesbond" budak buka pintu terkunci dari dalam dipuji

Anak kecil itu pada mulanya dimasukkan dengan penuh berhati-hati oleh kedua ibu bapanya menerusi tingkap kaca.

Walaupun kelihatan seperti bingung, tetapi akhirnya anak kecil itu berjaya menuruti arahan tersebut selepas dipujuk dengan penuh manja oleh ibunya.

Sejurus selepas pintu rumah berjaya dibuka, hero penyelamat semua itu sempat menyukir senyuman manis sebelum dikucup ibunya. Memang anak bijak!

Dalam pada itu, aksi comel anak bijak itu turut dipuji ramai kerana menjadi hero penyelamat.

@kak.yah95terkunci pintu dalam rumah Tak boleh masuk, alhamdulillah anak tolong buka kan pintu 😊♥️

♬ original sound – kak.yah95

Komen Netizen:

Pintu Rumah Terkunci, Anak Jadi Hero Bukakan Ikut Tingkap, Memang Bijak!

BACA:

Nasha Aziz dedah akan dibunuh kalau pakai bikini

Tengku Zafrul kata Bajet 2023 kena bentang semula jika bubar dewan

Influencer nak cium mulut isteri depan member bujang jadi tular