‘Kecil-kecil cili padi!’ Bateri kecil ini mampu bertahan 50 tahun tanpa cas

Oleh SULAIMAN ABD RAHMAN

Berpotensi untuk digunakan pada telefon pintar, merupakan bateri teknologi baharu yang unggul, melampaui penyelidikan saintifik dari Eropah dan Amerika.

Sebuah syarikat di China telah membangunkan bateri nuklear bersaiz sekeping wang syiling

yang mampu menjana tenaga elektrik selama 50 tahun tanpa perlu dicas.

Laporan dari laman berita Wion News menyatakan bahawa syarikat Betavolt, yang berpusat di Beijing,

Telah melancarkan bateri nuklear untuk ‘kegunaan awam’ pada 8 Januari lalu.

'Kecil-kecil cili padi!' Bateri kecil ini mampu bertahan 50 tahun tanpa cas

Bateri yang masih dalam fasa pembangunan dikatakan berpotensi untuk digunakan pada telefon pintar pada masa hadapan. Betavolt menyifatkannya sebagai teknologi baharu yang unggul, melampaui penyelidikan saintifik dari Eropah dan Amerika.

Bateri ini menggunakan isotop radioaktif nikel (Ni-63) yang mereput untuk menghasilkan tenaga. Dengan saiz 15x15x15 milimeter, bateri dinamakan BV100 ini memiliki kuasa sebanyak 100 mikrowatt dan voltan sebanyak 3 volt.

Syarikat ini merancang untuk meningkatkan teknologi ini dengan menghasilkan bateri yang mampu menjana 1 watt kuasa menjelang tahun 2025.

BACA: Ingat ada soalan nak tanya, lelaki dari Penang boleh ‘bantai’ berborak dengan ustaz dalam ceramah di Indonesia