Kecoh 20,000 orang berkumpul di ladang, dakwa sedang tunggu ‘hari kiamat’

Kecoh 20000 orang berkumpul di ladang dakwa sedang tunggu hari kiamat

Kecoh 20,000 orang berkumpul di ladang, dakwa sedang tunggu ‘hari kiamat’. Kira-kira 20,000 rakyat Kemboja berlindung di rumah ladang milik seorang ahli politik sementara mereka menunggu ramalan banjir dahsyat yang akan membawa kepada pengakhiran tamadun manusia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pengasas Liga Parti Demokrasi (LDP), Khem Veasna mendakwa bahawa ‘lohong hitam’ terbentuk pada tulang belakangnya yang menghantar mesej bahawa banjir besar akan memusnahkan segala-galanya kecuali tanah ladangnya di bandar Siem Reap.

“Saya tidak boleh tidur kerana setiap kali saya tidur, saraf tunjang saya ditarik dengan kuat kerana dunia sedang runtuh dan air mengalir ke dalam jurang,” demikian catatannya di Facebook.

Beliau turut memuat naik imej penampakan di langit yang memaparkan ramalannya mengenai akhir zaman.

Veasna turut menyeru pekerja asing Kemboja di Korea Selatan untuk pulang ke rumah (negara asal).

Kecoh 20000 orang berkumpul di ladang dakwa sedang tunggu'hari kiamat'

Rayuan kepada 30,000 ekspatriat di Korea Selatan itu mendorong amaran oleh kedutaan Kemboja di Seoul agar rakyat tidak melakukan perjalanan ke lokasi tersebut.

Jika pergi tanpa memaklumkan syarikat, mereka tidak akan mendapat pekerjaan mereka kembali.

Jurucakap kementerian buruh juga menggesa orang ramai supaya tidak berhenti kerja hanya kerana ‘kepercayaan karut seorang individu’.

Veasna mula berkongsi ramalannya di Facebook minggu lalu dan pihak berkuasa menganggarkan sehingga 20,000 orang termasuk kanak-kanak dan orang tua telah berpindah ke rumah ladangnya.

Veasna menghiburkan mereka dengan kuliah harian dari pukul 1 petang hingga 7 malam (waktu tempatan) melalui pembesar suara, tetapi penduduk tempatan mengadu tentang kekecohan pengikutnya dan mereka membuang air besar di tempat terbuka.

BACA:

Agong main dram di hari merdeka curi tumpuan ramai

Ramai teruja tengok wajah terkini pasangan hiasi iklan merdeka, “dah besar cantik dah”

“Lepas ni tak nak dah”, Ayda Jebat akhirnya buat keputusan mengejutkan ini

CATEGORIES