Kecoh ada lubang besar dekat dengan Plaza Tol Bentong, sekali Menteri Kerja Raya buka mulut

Oleh GEMILANGDAILY

Kecoh ada lubang besar dekat dengan Plaza Tol Bentong, sekali Menteri Kerja Raya buka mulut

Semalam tular satu kejadian mendapan tanah (sinkhole) yang berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak yang menyebabkan laluan tersebut terpaksa ditutup.

Dalam siaran media ANIH Berhad, kejadian itu terjadi berhampiran Plaza Tol Bentong dan pengguna dicadangkan untuk menggunakan Central Spine Road (CSR).

Kecoh ada lubang besar dekat dengan Plaza Tol Bentong, sekali Menteri Kerja Raya buka mulut

Selain itu, dalam siaran media yang sama pihak ANIH berkata, punca sebenar insiden mendapan tanah itu masih dalam siasatan.

Pun begitu, menerusi Twitter miliknya, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata insiden itu berkemungkinan berpunca daripada kerja-kerja Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di kawasan itu.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata siasatan mendedahkan kerja-kerja pembinaan terowong bawah tanah ECRL dijalankan di kawasan itu.

BACA: Tak sangka! Ramai tak tahu rupanya ini sebab telaga zamzam tak pernah kering walaupun dah wujud beribu tahun