Kecoh atuk tua 97 tahun kahwin kekasih umur 30

Kecoh atuk tua 97 tahun kahwin kekasih umur 30

Kecoh atuk tua 97 tahun kahwin kekasih umur 30. Seorang lelaki Kenya berusia 97 tahun, Johana Maritim Butuk menamatkan zaman bujang dengan mengahwini teman wanitanya yang berumur 30 tahun, lapor portal berita Legit semalam.

Majlis perkahwinan penuh warna-warni diadakan pada 14 Januari 2022 di Soy, daerah Uasin Gishu.

Bercakap kepada portal berita TUKO.co.ke, Sally Chepkoech iaitu ahli keluarga pengantin lelaki berkata, Butuk sebelum ini tidak pernah berkahwin dalam hidupnya.

Bagaimanapun, pada akhirnya, lelaki tersebut teruja untuk mencari teman hidup walaupun pada usia senja.

 

Kecoh atuk tua 97 tahun kahwin kekasih umur 30

Chepkoech yang merupakan antara tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan tersebut menambah, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk meraikan isteri Butuk.

Menuru Chepkoech, lelaki warga emas itu akhirnya tunduk kepada desakan supaya berkahwin selepas melihat semua anak saudaranya berkahwin.

Chepkoech yang memanggil Butuk sebagai bapa kerana dia adalah abang kepada bapa kandungnya berkata, wanita berusia 30 tahun itu, Alice Jepkorir juga teruja untuk mempunyai seorang suami yang akan membantu menjaga empat orang anaknya

BACA:

Bantuan BTR BSN dah masuk, semak bank anda sekarang

Kisah Telur di Malaysia yang ramai buat-buat faham rupanya tak faham

CATEGORIES