Kecoh ceramah Ustaz Azhar dibatalkan, sekali ustaz kena ‘raba’ dengan jemaah masjid

Oleh GEMILANGDAILY

Kecoh ceramah Ustaz Azhar dibatalkan, sekali ustaz kena ‘raba’ dengan jemaah masjid. Tindakan spontan seorang lelaki memegang janggut penceramah bebas,

Ustaz Azhar Idrus ketika sesi bersalaman telah menerima tenungan tajam oleh pegawai pengiring yang bertugas.

Situasi itu sempat dirakam oleh tetamu lain yang turut hadir dalam sesi ceramah Ustaz Azhar Idrus di sebuah masjid baru-baru ini.

Kecoh ceramah Ustaz Azhar dibatalkan, sekali ustaz kena 'raba' dengan jemaah masjid

Rakaman tersebut dikongsikan pengguna media sosial, Fyfa Dhaus dan telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya ‘geli hati’ melihat reaksi balas dari pegawai pengiring tersebut.

“Alamak, abang baju hitam dah tenung tajam, ini kalau dapat, memang kena la lelaki tadi,” seloroh Hidayat.

“Nanti mesti ada soal jawab dalam sesi ceramah lain Ustaz Azhar Idrus yang akan tanya tentang perasaan ustaz apabila ada yang sentuh janggut ustaz,” kata seorang pengguna.

“Abang ‘bodyguard’ intai tak kedip mata, mesti dalam hati tengah panas, suka hati betul dia lelaki itu pegang janggung ustaz,” komen Cik Emy.

“Abang itu nak ambil berkat dari ustaz rasanya, dapat sentuh janggut pun sudah cukup,” ujar pengguna lain

BACA:

Pasangan adik beradik kembar nekad nak kongsi teman lelaki, siap nak hamil sekali

Suami kedekut, nafkah tak naik, aku sedih tengok baki akaun sendiri, tapi bila tengok baki akaun suami, salah aku ke?