Kecoh ‘Duitnow’ bakal kenakan caj, ini cara kira caj yang bakal dikenakan ramai tak tahu

Oleh NADIA HARON

Peniaga yang menerima wang daripada aplikasi DuitNow QR akan mula membayar caj transaksi bermula 1 November ini.

Dalam satu e-mel, RHB Reflex memaklumkan penstrukturan harga itu dibuat oleh DuitNow, meliputi semua bank.

Menurut e-mel itu, caj akan ditolak daripada akaun semasa atau simpanan pada setiap 5 hari bulan.

Kecoh 'Duitnow' bakal kenakan caj, ini cara kira caj yang bakal dikenakan ramai tak tahu

Caj kepada penerima
SEKARANG:
– tiada caj
BERMULA 1 NOV 2023
– caj 0.25% dari nilai transaksi bagi bayaran dari akaun simpanan bank

– caj 0.50% dari nilai transaksi bagi bayaran dari akaun kad kredit bank

Yang paling banyak menggunakan DuitNow QR adalah peniaga kecil yang kurang menggunakan mesin bayaran kad.

Bermakna seorang peniaga yang terima bayaran melalui kaedah ini bernilai RM200 sehari akan perlu membayar 50 sen hingga RM1 setiap hari kepada bank.

Jika RM500, maka bayaran adalah antara RM1.25 hingga RM2.50 sehari kepada bank atau RM37.50 hingga RM75 sebulan.

Bersamaan dengan RM450 hingga RM900 setahun kepada bank.

Mekanisme bayaran DuitNow ini tidak berbeza dengan pindahan akaun ke akaun melalui online banking tapi tiba-tiba bank-bank Malaysia mahu kenakan caj transaksi bagi semua bayaran.

Sebenarnya, bank sudah untung dari kaedah bayaran DuitNow QR sebab kos pengendalian wang tunai telah dihapuskan (cash handling). Tiada lagi keperluan kaunter bank atau mesin deposit tunai untuk terima kemasukan wang tunai.

Jadi, langkah bank untuk mengenakan caj bagi semua transaksi DuitNow QR hanya adalah keuntungan atas angin bagi bank.

Mungkin bank sudah lupa bahawa perniagaan asas mereka ialah gunakan duit deposit kami untuk memberi pinjaman?

“Caj dikenakan untuk pemindahan antara bank dan aplikasi yang menggunakan khidmat DuitNow.

“Tetapi jika pemindahan wang antara penghantar dan penerima menggunakan Maybank QR, tiada caj dikenakan,” katanya.

Sementara itu, khidmat pelanggan CIMB berkata tiada notis oleh CIMB mengenai caj itu buat masa ini.

“Kami belum dapat apa-apa notis menyatakan caj dikenakan kepada pelanggan untuk penggunaan DuitNow QR,” katanya.

HSBC pula memaklumkan tiada memo dikeluarkan setakat ini namun akan memaparkan kemas kini di laman sesawang sekiranya caj tersebut mula dikenakan.

BACA: “Sampailah satu hari Allah gerakkan hati aku nak selidik, aku nampak suami check in hotel dengan kakak aku sendiri, rupanya ini kegiatan mereka belakang aku selama ini”