Kecoh pemain negara minta gaji RM2 juta setahun, pemain beregu negara dedah cerita sebenar

Oleh GEMILANGDAILY

Menurut laporan media, beberapa pemain negara dikatakan mahukan gaji tahunan sebanyak RM2 juta.

Jika permintaan ini dipenuhi, jumlah tersebut akan melebihi gaji tertinggi yang diterima oleh ahli sukan lain di Malaysia, termasuk pemain bola sepak.

Sebagai contoh, pemain sayap kebangsaan, Arif Aiman Hanapi,

dilaporkan menerima gaji sebanyak RM25,000 bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC).

Ketika era legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei,

Kecoh pemain negara minta gaji RM2 juta setahun, pemain beregu negara dedah cerita sebenar

beliau menerima elaun bulanan RM15,000, sepadan dengan statusnya sebagai pemain nombor satu dunia pada masa itu.

Apabila diminta mengulas, Aaron Chia menyifatkan laporan itu sebagai sekadar khabar angin.

“Saya rasa khabar angin ini sekadar khabar angin sahaja. Jadi, kita pun (tak tahu). Saya tak tahu siapa yang cakap itu.

“Lagipun, bukan kitalah (saya dan Soh Wooi Yik). Perjanjian kami (dengan BAM) pun baru dimeterai. Jadi, jelas sekali bukan kami. Tapi kita pun tak tahu siapa,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

Aaron kini dalam persiapan bersama pasangan regunya, Soh Wooi Yik, bagi beberapa aksi jelajah BWF yang akan berlangsung pada November ini.

BACA: Live!! Live!! Sidang media keputusan Najib Razak