Seorang nelayan terkejut apabila menemui ikan pelik di perairan Sabak Bernam berhampiran Kampung Sungai Lang, Selangor.
Ikan yang ditemui itu mempunyai kepala yang menyerupai buaya, dan lelaki tersebut menganggap penemuannya sangat ganjil.
Posting yang dimuat naik di Facebook itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
Walaupun ikan tersebut kelihatan pelik, sebenarnya ikan tersebut memang wujud di dunia ini.
Ikan yang mempunyai kepala seperti buaya itu dikenali sebagai Alligator Gar.
Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Abdul Rahman Abdul Wahab, nelayan yang berusia 60-an itu mendapati ikan tersebut sudah mati sebelum mengeluarkannya daripada pukat.
Beliau berkata, nelayan tersebut tidak dapat mengenal pasti spesies ikan berkenaan dan ikan itu sudah dijual kepada seorang individu dari Bangladesh.
“Siasatan lanjut mendapati ikan tersebut adalah spesies Alligator Gar dan ia tidak dibenarkan untuk dilepaskan di mana-mana perairan.
“Kemungkinan ikan ini dilepaskan di kawasan sungai dan mengikuti aliran air hujan hingga sampai ke muara Sungai Lang,” katanya.
Oleh itu, jika anda menemui ikan dengan kepala seperti buaya ini lagi di masa depan, tidak perlu risau kerana ikan ini tidak berbahaya kepada manusia.
BACA: Mercedes Benz Malaysia berdepan denda RM1 juta, rupanya ini yang jadi