Kecoh peniaga ayam kena bayar saman guna duit baju raya anak, Caprice nak tolong bayarkan

Kecoh peniaga ayam kena bayar saman guna duit baju raya anak, Caprice nak tolong bayarkan

Kecoh peniaga ayam kena bayar saman guna duit baju raya anak, Caprice nak tolong bayarkan.Tular video seorang peniaga pasar yang sebak apabila terpaksa menggunakan duit yang disimpan untuk membeli baju raya anak-anak demi membayar saman sebanyak RM500.

Peniaga yang juga seorang ayah itu disaman selepas didakwa menjual ayam lebih dari harga siling.

Menerusi video itu, peniaga itu memberitahu beza harga dari pemborong dengan harja jualan yang ditetapkan oleh kerajaan dia hanya untung 20 sen sahaja.

“Niat nak pergi beli baju raya anak Sabtu ni, tapi kena bayar saman ni dululah,” katanya dalam video itu sambil menunjukkan wang yang perlu dibayar.
Video berkenaan mendapat perhatian rapper, Caprice yang turut memuat naik ke akaun Instagram miliknya.

Simpati dengan nasib peniaga itu, Caprice meminta agar sesiapa boleh mencari pemuda itu untuk dihadiahkan satu set baju raya untuk keluarga mereka.

“Sesiapa kenal abang ni tolong WhatsApp Caprice, Cap nak hantar baju raya satu set untuk family dia any colors,” tulisnya dalam kapsyen.

Dalam pada itu, Caprice berharap isu harga ayam ini dapat diselesaikan.

“Harap isu harga ayam ni, penjual, dan pemborong dapat selesai insya-Allah,” tegasnya.

Pada Februari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga siling runcit ayam standard RM8.90 sekilogram di Semenanjung Malaysia.

BACA:

Wany Hasrita didakwa sudah bernikah dalam diam?

Letak gambar ‘panas’ di instagram bulan ramadan, Eyka Farhana dikecam warganet

Uniknya nama anak Intan Ladyana dan Harris

CATEGORIES