Kecoh tanah tinggi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah RM29,000

Oleh ISMAIL YAHYA

Sebuah gunung berapi di Benua Antartika dilaporkan memuntahkan ketulan-ketulan emas kecil dengan nilai kira-kira AS$6,000 (RM28,656) setiap hari.

Gunung Erebus, yang terletak di Antartika adalah gunung berapi paling aktif di kawasan tersebut dan terletak di antara dua lapisan glasier.

Gunung yang popular di kalangan pendaki dan pelancong itu mempunyai ketinggian sebanyak 3,794 meter.

Menurut penyelidik-penyelidik Antartika, kira-kira 80 gram emas dimuntahkan setiap hari melalui letusan gelembung gas

Sementara emas telah dikesan sehingga jarak kira-kira 900 kilometer dari gunung berapi tersebut.

Kecoh tanah tinggi ‘muntahkan’ ketulan emas, setiap satu boleh cecah RM29,000

Difahamkan, gunung berapi itu pernah meletus pada tahun 1841 semasa pelayaran Kapten James Clask Ross yang melakukan tinjauan magnet di Artik dan Antartika.

Baca juga:“Mak mertua kata aku tak reti jaga anak, dia claim dia paling pro bab jaga anak padahal yang hadap anak hari-hari tu aku”