Kecoh video ‘lelaki’ dari Malaysia pakai ihram tapi bersuara wanita

Kecoh video ‘lelaki’ dari Malaysia pakai ihram tapi bersuara wanita. Tular di media sosial sejak semalam apabila satu video memaparkan seorang individu bersuara seperti wanita mengenakan ihram lelaki ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah.

Video tersebut ternyata telah menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen gara-gara perwatakan individu itu seperti seorang wanita namun menjalankan aktiviti umrah dalam keadaan jantina lelaki.

Menyedari dirinya menjadi tular, individu bernama Mohd Khariri itu menjelaskan kepada mStar Online bahawa dia merupakan bekas mak nyah yang sedang berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.

@erycomel2022♬ original sound – erycomel2022

Mohd Khariri yang mesra disapa sebagai CIkgu Ery itu juga berkata bahawa perjalanan umrah kali ini merupakan kali ketiga semenjak tahun 2012.

Kecoh video 'lelaki' dari Malaysia pakai ihram tapi bersuara wanita

Jelasnya lagi, memang banyak ujian terpaksa dilalui kerana bentuk tubuh badan dan suaranya persis seorang wanita.

Setiap kali nak masuk (tempat), saya diperiksa. Iyalah, muka saya muka operate, body operate. Jadi ini ‘tinggalan sejarah’, saya bekas mak nyah.

Saya tak pakai jubah perempuan, tak pakai makeup, bukannya pakai bra cuma wajah persis wanita dan suara seakan-akan wanita.

Dalam pada itu, CIkgu Ery mengakui dirinya menerima tempias dan kecaman serta fitnah oleh segelintir masyarakat disebabkan oleh penampilannya itu.

“Tak kenal maka tak cinta. Kalau ada orang yang keliru tentang saya, lelaki ke perempuan, Insya-Allah, lama kelamaan mereka akan kenal saya sebab saya dah hijrah” ujar Cikgu Ery lagi.

BACA:

Arif Aiman tunjuk kereta harga setengah juta, hasil main dengan JDT

Rating jatuh teruk, Running Man terpaksa buat keputusan mengejut ini

Petua rebus telur guna rice cooker tanpa guna air, “cantik jadinya”